Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kenyataan Berbaur Hasutan: Aziz...

PETALING JAYA - Pakar undang-undang Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari akan disoal siasat...

Pelabur Asing Lupus RM72...

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM72 juta ekuiti tempatan dilupuskan oleh pelabur-pelabur asing minggu...

Tian Chua Rancang Perhimpunan...

Salah seorang pemimpin pembangkang, Tian Chua mengeluarkan kenyataan mahu mengadakan satu perhimpunan besar-besaran...

Bangkai Pesawat Akan Dikeluarkan...

MELAKA - Bangkai pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang terhempas di Sungai Mati...

JAS Siasat Pencemaran Najis Babi Di Sungai Giling

KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan melakukan siasatan segera mengenai pencemaran najis babi di Sungai Giling di Kampung Batu Laut, Sepang, Selangor.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata siasatan itu bagi mengenal pasti secara menyeluruh bentuk pencemaran sebelum mengambil tindakan susulan.

“Beberapa penyelesaian boleh dibuat…apa sahaja melibatkan industri ternakan, sekiranya perlu dipindahkan dari kawasan itu kita boleh arahkan seperti penternakan babi berdekatan lapangan terbang di Sarawak yang telah dipindahkan kerana mengakibatkan bau busuk.

“Sekiranya benar dakwaan pencemaran di sungai itu disebabkan najis babi, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas pemilik ladang berkenaan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.


Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan penduduk kampung berkenaan mendakwa pencemaran itu bukan sahaja menjejaskan sungai, malah menyebabkan penduduk khususnya orang Melayu berpindah selepas menjual tanah masing-masing kerana tidak tahan dengan pencemaran itu.

Menurut laporan itu, lebih 12 hektar tanah berstatus pegangan bebas milik penduduk Melayu sudah bertukar milik selepas pemiliknya tidak mampu meneruskan kehidupan yang diselubungi bau busuk kesan pencemaran najis babi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • najis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori