Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

TPM Zahid Tiba Di...

NEW YORK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba...

Jawatankuasa Khas MA63 Bincang...

KOTA KINABALU - Jawatankuasa Khas untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan bermesyuarat...

Jururawat Guna Kereta Klon,...

KUALA LUMPUR - Keterujaan seorang jururawat lelaki membeli kereta terpakai dengan harga murah...

Isu 1MDB: Bekas CFO...

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Azmi...

Jejaka Sweden ‘Jual’ Diri Kahwin Warga AS

BERITA kemenangan Donald Trump pada pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini nyata menimbulkan rasa kecewa dan kesedihan rakyat negara itu.

Namun, lelaki dari Sweden ini, Gustav Hallen, 30, yang berasal dari ibu kotanya, Stockholm ‘muncul’ dengan menawarkan sesuatu yang dapat mengembalikan kegembiraan mereka.

Stesen CNN melaporkan, dia memuat naik iklan dirinya menerusi laman eBay untuk dibida dengan harga bermula AS$50,000 (RM220,000) kepada rakyat AS yang mahu meninggalkan negara mereka dan menjadi rakyat Sweden.

“AS baru saja menjadi negara yang bebas untuk ditinggalkan. Mengapa tidak berpindah ke negara yang lebih baik? Seperti Sweden,” menurut catatan iklan tersebut.

“Bidaan dibuka untuk semua, wanita, lelaki dan lain-lain. Mereka yang suka berjalan jauh, menonton Netflix dan melepak,” tambahnya.

Jejaka Sweden 'Jual' Diri Kahwin Warga AS

Hallen yang bekerja sebagai jurugambar, pengarah seni dan guru sukan luncur air juga menjelaskan secara keseluruhan, fizikalnya sihat dan baik.

Bagaimanapun, Hallen tidak menerima sebarang bidaan sebelum eBay memadamkan iklannya dan memaklumkan kepada CNNĀ  bahawa iklan tersebut hanyalah gurauan.

“Saya melihat reaksi ramai orang terhadap keputusan pilihan raya itu di Facebook – mereka begitu kecewa, jadi saya mahu lakukan sesuatu untuk rakan-rakan saya supaya mereka ada sesuatu untuk ditertawakan.


“Saya meletakkan harga permulaan yang terlalu tinggi bagi bidaan itu sehingga tiada yang membida. Semuanya hanya untuk suka-suka.

“Ramai yang berkongsi iklan tersebut dan yang terbaik sekali adalah reaksi mereka. Mereka tertawa,” katanya.

Jejaka Sweden 'Jual' Diri Kahwin Warga AS

Hallen apabila ditanya jika ada yang sanggup membayar bidaan tersebut, dia menjelaskan perlu memikirkan cara untuk memberitahu kedua-dua ibu bapanya mengenai perkara itu.

Walaupun tawaran Hallen itu hanyalah gurauan semata-mata tetapi hakikatnya ramai rakyat AS sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan negara itu susulan kemenangan Trump.

Malah, ada yang berminat untuk berpindah ke Kanada sehingga mengakibatkan laman web imigresennya terjejas dan tidak dapat berfungsi seketika. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori