Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Budak 6 Tahun Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang budak lelaki berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari...

Siasatan Bukan Untuk Kenakan...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, siasatan Suruhanjaya Pencegahan...

Wang Kertas Not RM50...

Beberapa hari kebelakangan ini, laman sosial Facebook jadi medan perkongsian foto not terbaharu...

‘GST Mungkin Kembali, Bantu...

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan sistem cukai barangan dan perkhidmatan...

Jentera Cerucuk Besi Hempap Kereta, DOSH Arah Henti Kerja

KUALA LUMPUR – Pemaju projek pembinaan di Bandar Baru Bukit Raja, Klang diarah menghentikan serta-merta kerja mereka susulan insiden jentera cerucuk besi menghempap kereta menyebabkan sepasang suami isteri terbunuh, tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) Datuk Ir Mohtar Musri berkata arahan itu dikeluarkan hari ini bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

“Pegawai DOSH telah berada di tempat kejadian. Kita sudah beri arahan henti kerja dan tindakan akan diambil bergantung pada hasil siasatan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967.


Dalam kejadian pukul 12.35 tengah hari itu, Abd Rahim Abd Rahman, 51, dan isterinya, Nurhayati Rosli, 46, yang merupakan warga Indonesia, maut apabila kereta yang mereka naiki dihempap jentera cerucuk besi yang tumbang ketika melalui kawasan tapak pembinaan berkenaan.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori