Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harga Ayam, Telur Naik:...

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan...

Bas Percuma ‘Smart Selangor’...

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjadi kawasan kelima yang menyediakan...

Suami Ugut Nak Tetak,...

Batu Pahat : Penyelia kilang didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret...

Kesatuan Imigresen Minta Tambah...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mengemukakan sebanyak sembilan kertas...

JHEAT Jadikan Abu Al-Quran Kiub Sebelum Dilupus Di Laut

KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kini menjadikan abu al-Quran yang dibakar dalam bentuk kiub sebelum dilupuskan ke dalam laut.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata kaedah itu diperkenalkan pada Mac lalu bagi mengatasi masalah kesukaran memindahkan tong silaj yang mengandungi abu al-Quran ke dalam kapal dan sering menyebabkan abu berterbangan sebelum dilupus ke dalam laut.

“Ia menjadi lebih mudah dan cepat setelah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) meluluskan bantuan untuk membeli mesin penggaul bagi membentuk kiub tersebut,” katanya kepada pemberita semasa proses pelupusan abu al-Quran dilakukan hari ini, kira-kira 10 batu nautika dari perairan Kuala
Terengganu.

Sebanyak 118 kiub dibuang ke tengah laut iaitu 96 kiub yang beratnya 10 kilogram dan 22 kiub seberat 20 kilogram hasil pembakaran 1,400 kilogram al-Quran yang rosak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori