Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Maut Dihempap Bas Ekspres...

Sungai Buloh - Seorang lelaki yang juga penumpang kereta maut sejurus kenderaan dinaiki...

Nama Persiaran Gurney Kekal...

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan bahawa Persiaran Gurney...

Wanita Bertanyakan Syurga Sebelum...

Malang tidak berbau, seorang wanita maut selepas bas ekspres yang dinaikinya bersama 27 penumpang...

Banjir Di Kelantan, Hampir...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan pulih mendadak apabila hampir separuh jumlah...

JPNT Sedia Pelan Tindakan Hadapi Banjir Ketika SPM

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah mengenal pasti semua pusat peperiksaan dan laluan yang berisiko dilanda banjir serta bersedia dengan pusat peperiksaan alternatif bagi memudahkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menduduki peperiksaan itu.

Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin berkata semua pejabat pendidikan daerah dan sekolah mempunyai bilik gerakan banjir bagi memudahkan pelarasan dibuat sekiranya berlaku banjir sepanjang tempoh peperiksaan.

“Paling penting, semua sekolah mempunyai data lengkap calon terutama alamat rumah mereka kerana jika laluan ke pusat peperiksaan dinaiki air, kita akan sediakan kenderaan khas untuk memastikan calon tetap hadir duduki peperiksaan.

Nasihat saya kepada ibu bapa juga agar sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai banjir dan patuh kepada arahan diberi sekiranya anak mereka perlu berpindah ke asrama untuk memudahkan pergerakan calon SPM,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sebanyak 20,528 calon menduduki SPM di 169 pusat peperiksaan seluruh Terengganu dan daripada jumlah itu, 40 pelajar adalah calon berkeperluan khas.


Shafruddin berkata pihak sekolah juga perlu menyimpan semua peralatan penting di tempat yang selamat bagi mengelak berlaku kerosakan sepanjang musim tengkujuh yang akan datang.

“Ini adalah prosedur biasa setiap tahun kerana banjir memang akan berlaku terutama di kawasan rendah cuma kesannya kita tidak tahu sama ada sangat teruk atau terkawal,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori