Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Wang Kertas Jadi Pembakar...

China – Sebuah loji janakuasa di bandar, Luoyang kini menggunakan cara baru untuk...

5 Tradisi Perkahwinan Yang...

MAJLIS perkahwinan sering diserikan dengan tema dan pilihan dekorasi yang ditentukan oleh pengantin...

Proton X50 Dilancarkan, Harga...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini secara rasminya melancarkan kenderaan...

Tiada Kesan Makan Durian,...

TAPAH - Memakan buah durian sama ada selepas atau sebelum menerima suntikan vaksin...

Jumlah Banduan Di Penjara Malaysia Melebihi Kapasiti

KUALA LUMPUR – Jumlah banduan di penjara seluruh Malaysia melebihi 6,292 orang daripada kapasiti yang mampu ditampung Jabatan Penjara iaitu seramai 45,310 orang.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini berkata sehingga 4 Okt 2016, jumlah banduan yang berada di penjara adalah 51,602 orang.

Menurut kementerian, antara tindakan yang diambil Jabatan Penjara bagi menangani situasi itu adalah memindahkan banduan daripada penjara yang sesak ke penjara tidak sesak serta mengubahsuai penjara sedia ada bagi menampung kapasiti banduan yang semakin meningkat.

Kementerian itu menjawab pertanyaan N. Surendran (PKR-Padang Serai) berhubung jumlah terkini banduan dalam penjara di seluruh negara.

Kementerian itu berkata Jabatan Penjara turut menggiatkan pelaksanaan Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib dan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan yang melibatkan 38,391 banduan menjalani pemulihan di luar penjara.


“Keberkesanan pemulihan dan latihan bagi mengurangkan kemasukan semula banduan ke penjara selepas dibebaskan juga dipertingkatkan,” menurut KDN. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori