Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Gerakan Cari 8 Kru...

LONDON - Pasukan penyelamat Britain meneruskan gerakan mencari lapan lagi kru kapal yang...

Soo Wincci Akui Sunyi...

RAMAI rakan selebriti seangkatan dengannya telah pun melangkah ke fasa baharu iaitu alam...

Petronas Lancar Projek Air...

KUALA LUMPUR - Anak syarikat Petronas, Petronas Carigali Nile Ltd, melancarkan fasa pertama...

Majikan Wajib Iklan Jawatan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia mewajibkan majikan mengiklankan kekosongan jawatan di syarikat...

Jumlah Pesakit Malaria Di Pos Kemar Dijangka Meningkat

IPOH – Jumlah pesakit malaria di penempatan Orang Asli Pos Kemar, Gerik dijangka terus meningkat berikutan ujian slaid darah yang dijalankan kepada penduduk belum diperoleh sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata setakat ini, seramai 2,600 penduduk di 19 perkampungan Orang Asli telah menjalani ujian slaid darah manakala kira-kira 1,000 penduduk belum menjalani ujian berkenaan.

“Terdapat penduduk Orang Asli yang enggan menjalani ujian tersebut kerana takut serta tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital.

“Ada di antaranya yang lari masuk ke hutan sehingga kita perlu memberi rawatan kepada mereka yang positif wabak malaria dengan pergi ke perkampungan Orang Asli tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat negeri Perak sempena ‘Hari Tanpa Kenderaan’ di sini hari ini.


Menurutnya, ujian tersebut dijalankan oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, enam pembantu makmal dari daerah Lembah Kinta, Manjung dan Perak.

Beliau berkata setakat hari ini, pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat wabak itu meningkat kepada 77 orang berbanding 73 semalam.

Katanya sebanyak 65 pesakit kini menerima rawatan di Hospital Gerik manakala 12 pesakit lagi dirawat di Hospital Kuala Kangsar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori