Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PKR-DAP Tikam Sesama Sendiri...

KUCHING - Perjanjian Pakatan Harapan yang dimeterai 9 Januari lalu antara DAP dan...

MB: Penyelarasan Cuti Hujung...

Kerajaan Negeri Johor masih mengkaji penyelarasan semula cuti hujung minggu yang ketika ini...

Menara Merdeka PNB 118...

KUALA LUMPUR - Bangunan ikonik Permodalan Nasional Bhd (PNB), Menara Merdeka 118 ketika...

PBM Buat Pelaburan Selamat...

Sesiapa yang mahu membuat pelaburan pasti mencari pelaburan yang selamat dan diramal menguntungkan....

Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua

CINTA terhadap dunia tekstil membawa dua individu nekad membina empayar perniagaan sendiri. Meski berlainan bangsa, kedua-duanya begitu serasi mengukuhkan jenama mereka.

Tidak betah menyimpan sendiri hasil tuaian yang diraih, kedua-dua individu ini berkongsi pengalaman berharga mereka untuk dijadikan inspirasi buat usahawan di luar sana.

Maka, lahirlah sebuah rancangan travelog berjudul Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua yang kini bersiaran menerusi siaran 106, Astro Oasis pada setiap hari Ahad, jam 7.30pm.

Rancangan ini yang sudah ditayangkan untuk 4 episod antara lain memaparkan kisah kehidupan suka duka dua individu tersebut iaitu Nur Asyikin Rahmat dan Haji Ishaq Tang Guo Hua selaku watak utama.

Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua
Nur Asyikin (tengah) dan suaminya Haji Rahmat Ishaq Tang Guo Hua (kanan).

“Saya ingin membawa penonton menyelusuri pengalaman perniagaan tekstil melalui sentuhan perkongsian jatuh bangun dan jerih perih sepanjang kami berdua membina empayar.

“Apa yang diperoleh ketika ini bukan mudah kerana banyak air mata yang tumpah sepanjang membangunkan jenama Asyikin Exclusive. Paling istimewa, fokus rancangan ini adalah pengembaraan mengenal budaya masyarakat Cina di negara tembok Besar China,” kata Asyikin.

Jelas Asyikin, lokasi penggambaran rancangan tersebut yang diadakan di China akan memberikan pengalaman baharu kepada penonton.

Dengan 9 episod keseluruhannya, Nur Asyikin terharu dengan sambutan penonton meskipun rancangan tersebut baharu sahaja ditayangkan sebanyak empat episod.


Menurut Haji Ishaq Tang, rancangan ini merupakan satu catatan peribadi terindah yang dikongsi untuk tatapan penonton.

“Kami menerima maklumbalas yang sangat memberangsangkan dan bersyukur kerana rancangan tersebut mendapat tempat di hati penonton.

“Selain perkongsian antara dua budaya, banyak elemen kejutan menarik dalam rancangan tersebut. Ia menjadi satu perkongsian bernilai kami dalam usaha membangunkan empayar ini.

“Untuk kita berjaya, banyak hakikat pahit yang terpaksa kami telan dan terus cekal bersaing dalam pasaran fesyen,” kata Haji Ishaq. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori