Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hishamuddin Mengundi Bersama Vidyananthan

Kluang : Bendahari Barisan Nasional (BN) yang juga ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri...

Soundcamp – Aplikasi Membuat...

APLIKASI yang sedia dimuat turun pada peranti Android menerusi hub Google Play sememangnya...

Ajak Shiro Jadi Ultraman,...

SIKAP prihatin pelawak Ajak Shiro terhadap seorang kanak-kanak yang menderita penyakit kanser darah,...

Sentimen Perniagaan Dijangka Semakin...

KUALA LUMPUR: Petunjuk keyakinan perniagaan bagi suku keempat 2021 adalah semakin baik berikutan...

Jurulatih Timor Leste Salahkan Pemain Atas Kekalahan

KUCHING – Jurulatih Timor Leste, Fabio Joaquim menyalahkan pemainnya yang gagal memberi tumpuan pada babak kedua menyebabkan pasukan itu tewas 0-4 kepada Brunei Darussalam pada perlawanan pembukaan Piala Solidariti AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) di Stadium Sarawak malam tadi.

“Saya tidak jangka kekalahan ini, pemain saya banyak melakukan kesilapan, terutama pada separuh masa kedua, dan selepas Brunei menjaringkan gol pertama dan tidak lama selepas itu seorang pemain saya dilayangkan kad merah, mereka terus hilang tumpuan.

“Kami mempunyai peluang pada separuh masa pertama, tapi gagal menjaringkan gol,” kata jurulatih dari Brazil itu pada sidang media selepas perlawanan tersebut.

Joaquim berkata beliau dan pemain perlu bertanggungjawab atas kekalahan itu, dan menggesa pasukan berkenaan agar tidak mengulangi kesilapan sama pada perlawanan berikutnya menentang Nepal pada Sabtu.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Brunei atas kemenangan itu.

Joaquim berkata beliau mungkin akan melakukan perubahan kepada kesebelasan pemain apabila menentang Nepal, kerana seorang daripadanya dilayangkan kad merah, dan seorang lagi tercedera.


Sementara itu, jurulatih Brunei, Kwon Oh Son berkata beliau gembira dengan keputusan itu dan memberi kredit kepada pemainnya atas kemenangan besar itu.

Beliau berkata pemainnya berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan padang yang basah selepas hujan lebat sebelum perlawanan itu.

“Kami telah bersedia dengan perlawanan ini, dan kemenangan malam ini (malam tadi) akan meningkatkan keyakinan pemain,” katanya.

Dengan lima hari rehat sebelum perlawanan seterusnya bertemu Nepal pada 8 Nov, Kwon berkata beliau akan mengambil kesempatan untuk menganalisis dan menyediakan pasukan untuk cabaran seterusnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori