Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“JDT Tidak Perlu Menang...

KUALA LUMPUR - "Kami tidak perlu memenangi Piala Malaysia untuk menjadi raja bola...

Kerajaan Negeri Pahang Komited...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata hampir 58 peratus...

Wanita PAS Sokong Adakan...

KUALA LUMPUR - Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengalu-alukan penganjuran Kongres Rakyat berbanding...

Saifuddin Lawat 3 Negara...

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bakal mengadakan lawatan rasmi julung...

Juruteknik Mengaku Tidak Bersalah Sokong Pengganas

KUALA LUMPUR – Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas melibatkan penggunaan bahan letupan.

Mohd Asrol Mohamad, 29, didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat untuk melanjutkan suatu perjuangan ideologi dan perbuatan tersebut dianggap untuk mengugut orang awam di Malaysia melalui aplikasi Telegram di dalam telefon bimbit jenis Samsung Note II.

Tertuduh yang berasal dari Taiping, Perak, didakwa melakukan kesalahan itu di No.76, Jalan Dagang 1/2, Taman Dagang, Ampang, Hulu Langat, di sini antara 25 Mac hingga 29 Jun 2016.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan untuk melakukan kesalahan tersebut, jika sabit kesalahan.


Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah menetapkan empat hari bermula 27 Dis untuk perbicaraan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P.Kunyalam manakala tertuduh diwakili peguam Adi Zulkarnain Zulkafli. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori