Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PSG Sedia Berdepan Real...

SELEPAS diancam oleh tindakan Real Madrid yang mahukan khidmat pemain penting Manchester United,...

David Beckham Ajar Anak...

SESUAI dengan peribahasa Melayu ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, anak...

Mahathir Adakan Lawatan Kerja...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan lawatan kerja...

Catat Sejarah Hitam Menteri...

KUALA LUMPUR – Malaysia Baru yang sering menjadi kebanggaan kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

Jurutera Australia Dedah Rahsia Tersesat Di Mulu

MIRI – Jurutera warga Australia yang hilang selama 12 hari di Taman Negara Mulu mengaku tersesat jalan di hutan tebal taman itu kerana kesilapan sendiri.

Melalui coretan dalam laman Facebooknya atas nama Andrew Gaskell, jurutera itu mengaku beliau tidak mendapatkan kebenaran untuk melalui laluan berkenaan, yang didaftarkan bagi perjalanan menggunakan khidmat jurupandu arah di Gunung Mulu atau menggunakan khidmat jurupandu arah untuk perjalanannya.

“Kalaulah saya mematuhi peraturan taman ini, tentu saya dapat mengelak sepenuhnya kejadian ini,” katanya.

Sambil menzahirkan rasa kesalnya, jurutera itu “memohon berbanyak kemaafan atas semua kesusahan dan masalah” yang telah ditimbulkannya.

“Pada masa akan datang, saya akan sentiasa mengikut peraturan taman dan saya berharap orang lain juga mengambil pengajaran daripada pengalaman saya ini serta mengikut peraturan taman,” katanya.

Warga Australia itu menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasihnya kepada pasukan mencari dan menyelamat tempatan yang terdiri daripada anggota dari balai polis Marudi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Marudi, Taman Negara Mulu dan masyarakat tempatan di Mulu.


Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Luar Australia, Konsul Kehormat Australia Kuching, Unit Orang Hilang Australia dan media kerana bantuan yang dihulurkan kepadanya.

“Saya benar-benar kesal kerana menyebabkan semua kesusahan itu dan sekarang saya perlu berehat,” katanya.

Gaskell ditemukan pada 12.30 tengah hari semalam setelah misi mencari dan menyelamat besar-besaran dililancarkan sejak dia dilaporkan hilang pada 20 Okt.

Beliau dijumpai di Hidden Valley, kira-kira lima kilometer dari Lapangan Terbang Mulu dan dibawa naik ke helikopter jabatan itu sebelum dihantar ke lapangan terbang berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori