Tuesday, December 3, 2024

Creating liberating content

Spiderman Jual Nasi Lemak...

KEUNIKAN menggayakan kostum adiwira Spiderman menjadikan perniagaan jualan nasi lemak yang diusahakan Zawawi...

Kepala Lelaki Dalam Karung...

Kejam dan amat mengerikan!Penduduk sekitar Taman Impian Ria, Bukit Mertajam gempar berikutan penemuan...

Kertas Kerja Perkasa KAFA...

KUANTAN - Kertas kerja bagi memperkasa Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

Wahid Pertahan Pelantikan Zafrul

TAN Sri Abdul Wahid Omar, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan Menteri...

Jurutera Hilang Di Taman Negara Mulu Ditemui Selamat

MIRI – Jurutera Australia Andrew James Gaskell, 25, yang hilang di Taman Negara Mulu selama 12 hari telah selamat ditemui pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Juruterbang Unit Udara Bomba Miri, Timbalan Penguasa Ahmad Fissol Ismail berkata, mangsa ketika ditemui kelihatan lemah namun masih boleh bercakap dan terpaksa dibawa naik ke helikopter bomba menggunakan kaedah ‘winching’ untuk di bawa ke Lapangan Terbang Mulu yang terletak lima kilometer dari tempat mangsa ditemui bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Kaki mangsa melecet dan ada kesan stokin melekat di kaki, kemungkinan mangsa terlalu lama berjalan,” katanya kepada pemberita sejurus selepas tiba di pangkalan udara Bomba dan Penyelamat untuk membawa mangsa ke sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang tiba di sini dari Mulu pukul 2.35 petang telah dibawa ke Hospital Miri untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kong berkata, lokasi tempat mangsa dijumpai ialah Hidden Valley.

Sementara itu Ketua Polis Marudi DSP Gabriel Risut ketika dihubungi Bernama berkata, siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.


“Mangsa pergi ke Taman Negara Mulu tanpa jurupandu kerana kalau memasuki kawasan taman negara perlu ada jurupandu yang biasa dengan kawasan Mulu,” katanya.

Gabriel berkata, mangsa telah ke Taman Negara Mulu pada 20 Oktober tanpa bantuan jurupandu dan akibatnya sesat kerana tidak biasa dengan keadaan Mulu.

Ini bukan kejadian pertama mangsa pergi ke taman negara tanpa jurupandu apabila mangsa pernah ke Taman Negara Bako di Kuching sebelum ini, katanya.

“Berdasarkan temu bual kenalan mangsa di Kuching, mangsa pernah bermalam di salah sebuah gua di Taman Negara Bako kerana mengalami kecederaan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori