Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ratu Colombia Dimahkotakan Gelaran...

RATU cantik dari Columbia, Paulina Vega, 22, dimahkotakan gelaran Miss Universe terbaru setelah menumpaskan...

Tema Klasik Latari Majlis...

SEMINGGU diijabkabul, semalam berlangsung majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin lelaki iaitu aktor Amar...

Pemandu Van Ditahan ‘Gila’...

BEIJING - Seorang pemandu van di China ditangkap apabila kenderaan yang dipandunya ditahan...

Perolehan Kapal Peronda, Naik...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberikan tumpuan kepada isu keselamatan di perairan Zon Selamat...

“Kami Rela Mati Dirempuh Lori Demi Hak Kami”

GUA MUSANG – “Kami beramai-ramai rela mati dirempuh lori balak demi mempertahankan hak kami.” Itu reaksi ketua kumpulan penduduk Orang Asli, Jamali Ayau, 29, yang masih meneruskan sekatan lori balak di Simpang Petei, Pos Tohoi, dekat sini.

Jamali berkata demikian sebagai menyahut cabaran Persatuan Pembalak Kelantan (PPK) yang didakwa nekad mengeluarkan balak dari kawasan hutan Balah pada bila-bila masa dalam masa terdekat.

Katanya, lebih 300 penduduk Orang Asli yang berkumpul di sekatan itu sebulan lalu tidak berganjak dan tetap bertahan di situ biarpun berdepan pelbagai cabaran.

“Selagi kami tidak diberi kata putus berhubung permohonan mewartakan tanah adat wilayah kami daripada kerajaan negeri di kawasan berkenaan, kami tidak berundur.

“Malah, kami juga menyiapkan satu lagi sekatan lori balak di jalan Pos Bihai sebagai tindak balas terhadap ugutan itu kerana banyak kawasan hutan musnah dengan aktiviti pembalakan,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori