Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Robert Kuok Kekal Individu...

TAN Sri Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya Malaysia dengan kekayaan bernilai US$11.3 bilion,...

Saman United Airlines AS$5...

NEW JERSEY, Amerika Syarikat – Seorang wanita bertindak menyaman sebuah syarikat penerbangan di...

Flat Kos Rendah Diwajib...

PETALING JAYA - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mewajibkan flat...

Polis Berkas 11 Lelaki...

SHAH ALAM - Sekumpulan 11 lelaki disyaki terbabit kegiatan menggodam sistem komputer kerajaan,...

Kanak-Kanak Jadi `Hulk’ Selama Berminggu-Minggu

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menjadi `Incredible Hulk’ selepas cat muka berwarna hijau yang disapu di muka sempena parti Halloween, tidak boleh ditanggalkan walaupun selepas dibasuh berulang kali.

Amelia Ball pada mulanya mahu kelihatan seperti ahli sihir namun ia bertukar menjadi watak Hulk, iaitu lelaki gagah yang berwarna hijau, akibat penggunaan warna berkenaan yang dibelinya di Rushden, Northamptonshire.

Warna itu dikatakan mengambil masa selama beberapa minggu untuk hilang sepenuhnya daripada muka Amelia.

Ibunya, Louise Unsworth, 38, sebelum ini telah menghabiskan masa selama dua jam untuk mencuci warna berkenaan namun gagal.

“Walaupun Amelia melihat ia sebagai sesuatu yang menyeronokkan tetapi saya bimbang dengan cat muka berwarna hijau ini. Saya tahu ia murah tetapi saya tidak menjangkakan ia akan melekat di muka anak saya,’’ katanya.


Louise menyedari warna berkenaan tidak boleh ditanggalkan selepas ia melekat pada jarinya, sebaik sahaja cat berkenaan disapukan ke muka anaknya.

“Saya gunakan semuanya, sabun, tisu basah dan minyak bayi namun semuanya tidak berkesan. Dia akan kembali ke sekolah dan sudah tentu akan memalukannya apatah lagi warna itu akan mengambil masa berminggu-minggu untuk hilang sepenuhnya,’’ kata Louise. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori