Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pesara Dan Tentera Cedera...

MELAKA - Sebanyak 87 anggota tentera darat berpencen dan masih berkhidmat, yang tercedera...

Enjin Pesawat Dynamic International...

Florida - Enjin sebuah pesawat penumpang ke Caracas, Venezuela meletup dan terbakar ketika...

Negara China Masih Belum...

BIARPUN filem terkenal Star Wars: The Force Awakens sudah ditayangkan di kebanyakan negara...

Laporan Forensik Dedah Sumber...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, anggaran RM250,000 yang...

Kanak-Kanak Jatuh Eskalator Dibenarkan Keluar Hospital

GEORGETOWN – Kanak-kanak perempuan yang kritikal selepas terjatuh dari eskalator di kompleks Bukit Jambul pada bulan lalu, dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat lebih sebulan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid yang dipetik Bernama berkata, Nur Akilah Amani Zuraimi Hashim, 3, bagaimanapun masih perlu menggunakan tiub untuk minum susu.

Dalam kejadian 16 Oktober lalu, Akilah yang sedang duduk di atas bahu bapanya, terjatuh daripada eskalator ketika mereka hampir sampai ke tingkat 1 di kompleks beli belah berkenaan.

Kaitan: Bapa Lalai, Anak Jatuh Eskalator

Insiden terjadi apabila bapanya panik dan tunduk untuk membantu abang mangsa yang dikatakan jarinya tersepit di getah pemegang eskalator.

Mangsa kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HPP kerana keretakan di bahagian tempurung kepala dan pendarahan otak.


Baca: Saksi Lihat Kanak-Kanak ‘Melayang’

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dilaporkan berkata, ibu bapa mangsa boleh dikenakan tindakan kerana kecuaian.

Tindakan itu boleh diambil mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendatangkan kecederaan fizikal, yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 dan penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori