Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mengeletek Terkujat-Kujat!

Ada pihak 'mengeletek terkujat-kujat' apabila Tunku Mahkota Ismail mencetuskan sebuah idealisme Gabungan Bangsa...

MAS Berharap MH370 Akhirnya...

KUALA LUMPUR - Malaysian Airline System Berhad (Pentadbir Dilantik) atau MAS berharap maklumat...

Singapura Bina Hentian Bas...

INOVASI... Dua tahun lalu, masyarakat Singapura gempar dengan penemuan saintifik pasukan penyelidik luar...

Kekuatan Hizbullah 10 Kali...

BAITULMAQDIS: Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, semalam mengerahkan tentera untuk bersiap siaga di...

Kanak-Kanak Terjatuh Ke Dalam Sungai Ditemukan Lemas

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai tergelincir ketika sedang bermain di Sungai Hulu Langat dekat Kampung Batu 9, Cheras, di sini petang semalam, ditemukan mati lemas di sungai itu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata mangsa, Aiman Safuan Mohd, 10, ditemukan pada pukul 11.05 pagi iaitu kira-kira satu kilometer dari tempat kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh.

Menurut Othman, Aiman Safuan tergelincir dipercayai ketika cuba mengambil selipar rakannya yang jatuh ke dalam sungai itu kira-kira 6.40 petang semalam.

“Ketika kejadian Aiman Safuan bermain bersama tiga lagi rakannya di tepi sungai itu sebelum tergelincir dan dibawa arus deras,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Othman berkata operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada pukul 7 petang semalam ekoran keadaan semakin gelap dan bersambung semula pukul 8 pagi tadi.


“Selain polis, operasi ini turut disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Angkatan Pertahanan Awam serta penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori