Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Permainan Tradisional Pupuk Perpaduan...

KUALA LUMPUR - Masih ingatkah anda dengan permainan lompat getah, batu seremban, teng-teng,...

Warga Politeknik PD Baik...

PORT DICKSON - Warga Politeknik Port Dickson (Politeknik PD) telah membaik pulih 44...

Jabatan Kesihatan Kedah Keluarkan...

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Kedah mengeluarkan 67 notis kepada perokok dan premis...

Malaysia Tuan Rumah Sukan...

HANOI : Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) hari ini memilih Malaysia sebagai tuan rumah...

Kawal Selia Makanan ASEAN Beri Cabaran Kepada PKS

KUALA LUMPUR – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mungkin berdepan cabaran besar sekiranya rangka kerja kawal selia piawaian keselamatan makanan dilaksanakan di negara-negara ASEAN.

Ini akan mendorong PKS mematuhi analisis bahaya keselamatan makanan yang memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang agak mahal bagi kebanyakan mereka.

“Analisis bahaya bagi keselamatan makanan memerlukan perniagaan menjalankan pemeriksaan ke atas tahap keselamatan produk makanan mereka, dan banyak PKS yang menggunakan lima hingga enam pekerja akan mendapati pengambilan seorang pakar akan menambah kos,” kata Prof Jorgen Schlundt dari Nanyang Technological University, Singapura.

Beliau berkata proses itu akan menjadi satu cabaran kerana negara-negara anggota ASEAN perlu mencapai persetujuan untuk melaksanakan rangka kerja tersebut.

“Kesatuan Eropah (EU) mempunyai rangka kerja kawal selia keselamatan makanan, yang bermakna semua negara anggota perlu mematuhi peraturan, sedangkan ASEAN tidak mempunyainya,” katanya.

Schlundt, yang menulis kertas putih mengenai cadangan pelaksanaan rangka kerja makanan di ASEAN, berkata ASEAN masih di peringkat permulaan untuk bersama-sama menyelaraskan standard keselamatan makanan.

“Pada masa ini, hanya ada satu kenyataan tentang hasrat untuk mempunyai persetujuan bersama dalam melaksanakan rangka kerja kawal selia makanan, ” katanya kepada pemberita di luar acara Forum EU-ASEAN mengenai Keselamatan Makanan 2016 yang bertemakan ‘Mengharmonikan Standard Keselamatan Seluruh EU dan ASEAN’, di sini hari ini.

Negara-negara anggota ASEAN kini dalam usaha mengadakan rangka kerja kawal selia makanan yang setanding dengan EU.


Forum dua hari bermula hari ini yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Industri EU-Malaysia, akan menyaksikan pelancaran Kertas Putih 2015 mengenai Rangka Kerja Kawal selia Keselamatan Makanan ASEAN.

Dalam ucapan, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berharap rangka kerja itu akan berhasil.

“Negara-negara anggota ASEAN mempunyai tahap yang berbeza dalam keselamatan makanan.

Rangka kerja peraturan ini akan membantu kita merapatkan jurang itu dan mencapai satu tahap yang sama dalam keselamatan makanan.

“Kita boleh banyak belajar daripada rangka kerja kawal selia makanan EU dan melaksanakannya di sini, yang dijangka pada tempoh masa lima tahun,” katanya.

Hilmi berkata pengharmonian dan kawalan keselamatan makanan dalam kalangan negara anggota ASEAN adalah antara agenda utama yang digariskan dalam Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN 2025 dan Pelan Tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN 2025. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori