Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hidup Selesa, Peneroka Felda...

JEMPOL - Peneroka tanah rancangan Felda perlu bersyukur kerana telah menikmati kehidupan yang...

Syed Saddiq Tubuh Parti...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mengesahkan beliau tidak...

Video Islamofobia Tersebar, ZARA...

ZARA memohon maaf selepas satu video yang dimuat naik menerusi laman sesawang menunjukkan...

Malaysia Jalin Kerjasama Dengan...

JOHOR BAHRU - Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) hari ini memeterai memorandum...

Kawasan Kediaman Disaran Tubuh Skim Rondaan Sukarela

TAWAU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup menyarankan semua kawasan kediaman di negara ini menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Katanya, meskipun tugas rondaan yang dijalankan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dilihat tidak signifikan ketika ini, namun perlu dipertimbangkan jika wujud keperluan rondaan di masa hadapan dan menerusi SRS.

“Di Sabah sahaja, sebanyak 982 KRT ditubuhkan dan di daerah ini mempunyai 48 KRT, 21 SRS dan 14 Tabika Perpaduan,” katanya ketika berucap pada majlis Program Demi Negara Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Tawau di sini hari ini.

Program itu dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Dalam pada itu, Kurup berkata, kejayaan penubuhan KRT dan SRS itu bukti kerajaan prihatin menjaga kepentingan komuniti dan keselamatan rakyat daripada sebarang ancaman dan pencerobohan.

Menurutnya, penubuhan itu sebagai usaha menyatupadukan serta meneguhkan benteng keselamatan dalam mewujudkan suasana selamat dan harmoni.

Sementara itu, anggota Parlimen Pensiangan itu mengingatkan KRT supaya menganjurkan pelbagai program proaktif yang dapat memberi kesan kepada pembangunan masyarakat tetapi tidak melakukan pembaziran.


“Perpaduan dan keharmonian negara penting dan perlu dijaga serta dipelihara dengan sebaiknya dan jika kita gagal mengekalkan perpaduan ataupun tidak menguruskannya dengan baik maka ia boleh membawa kepada perpecahan, permusuhan dan sikap prejudis dalam masyarakat,” katanya.

Sementara itu, dalam acara berasingan, Kurup turut berkesempatan melawat tapak Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Ranggu dalam rangka lawatan kerjanya di daerah ini, hari ini.

Beliau diberi taklimat oleh Penolong Naib Presiden Projek Pengurusam PR1MA Ir Ahmad Suffian Sulaiman.

Sebanyak 1,300 unit rumah dibina di Ranggu dan setakat ini jumlah keseluruhan rumah PR1MA di negeri ini adalah 33,782 unit. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SRS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori