Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Apa Sebalik Provokasi Berterusan...

KETEGANGAN tercetus selepas exco kerajaan negeri Selangor, V Ganabatirau menuduh sekumpulan orang Islam menyerang...

Sokong Pelan Tambah Keanggotaan...

PEKAN - Anggota UMNO Pahang perlu menyokong dan melaksanakan pelan yang dirangka Biro...

Atlet Sukan Parkour Gesa...

PUTRAJAYA - Persepsi masyarakat tempatan terhadap sukan parkour perlu diubah bagi memastikan sukan...

Tiga Pengedar Dadah Warga...

JAKARTA - Polis Indonesia menangkap tiga rakyat Malaysia kerana terbabit sindiket pengedaran dadah...

Kebakaran Besar Israel: Eropah Tampil Beri Bantuan

JERUSALEM – Pesawat daripada Greece, Cyprus, Croatia, Itali dan Rusia telah dipanggil untuk membantu memadamkan kebakaran di beberapa wilayah di Israel.

Api terus marak di sekitar bandar-bandar besar Haifa, Modi’in dan Neve Ilan berhampiran Jerusalem, lapor akhbar Israel, Globes.

Insiden kebakaran yang berlaku semalam di Nataf berhampiran Maaleh Hahamisha di Jerusalem Hills itu telah menjadi lebih besar disebabkan oleh tiupan angin yang kuat di rantau ini dan kini mengancam perkampungan Neve Ilan, berhampiran lebuh raya Jerusalem-Tel Aviv.

Kebakaran Besar Israel: Eropah Tampil Beri Bantuan

Anggota bomba bimbang jika angin berubah arah, Neve Ilan juga akan terancam dan lebuh raya Road 1 perlu ditutup, sekali gus menyebabkan gangguan teruk terhadap lalu lintas.

Tidak lama sebelum itu, sebuah insiden yang lain berlaku di Ashlag, Teluk Haifa, telah mengancam kawasan pusat perniagaan yang berdekatan, tetapi akhirnya berjaya dipadamkan beberapa jam kemudian.


Kebakaran juga berlaku pagi ini (Khamis) di sebuah padang berhampiran daerah Modi’in.

Selain itu, terdapat juga kebakaran di Kibbutz Harel di Jerusalem Hills, Umm El Fahm di Wadi Ara, serta Talmon dan Dolev di Samaria.

Setakat ini, punca kebakaran besar-besaran itu berlaku masih di dalam siasatan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori