Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dua Jam Kutip Cebisan...

LELAKI maut dalam keadaan tragis apabila digilis beberapa kenderaan menyebabkan tubuhnya hancur di...

Ikan Kembung Lebih Baik...

UNIK... Bagi sesetengah orang, mungkin pelbagai jenis ikan setempat dibuat lauk seharian kurang...

Gajah Tertua Di Asia...

SEEKOR gajah yang dilaporkan tertua di Asia, Dakshayani dilaporkan mati pada usia 88...

Pesakit Buah Pinggang Meningkat...

BALIK PULAU - Jumlah rakyat Malaysia yang mengalami masalah buah pinggang semakin meningkat...

Kebakaran Hutan Israel Akan Jadi Lebih Buruk – Pakar

TEL AVIV – Kebakaran hutan yang telah berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Israel hanya menjadi lebih buruk pada tahun-tahun akan datang, menurut pakar alam sekitar Ahad lalu.

Di kawasan Jerusalem Hills sahaja, kebakaran tersebut telah memusnahkan lebih daripada 1,250 ekar hutan dan setakat Ahad lalu, pasukan bomba masih berusaha untuk memadamkan api, lapor akhbar Haaretz.

Kebakaran hutan di Israel turut dialami setiap tahun di negara rantau Mediterranean antaranya Sepanyol, Portugal, Greece dan Perancis, serta tempat-tempat lain di seluruh dunia seperti California, Amerika Syarikat dan Australia.

Kebakaran Hutan Israel Akan Jadi Lebih Buruk - Pakar
Satu lagi punca yang menjadi pencetus kebakaran ini adalah kerana Jerusalem dikelilingi hutan pain tebal yang mudah terbakar. – Foto AFP

Meskipun maklumat daripada pasukan bomba Israel menunjukkan kekerapan berlakunya insiden ini semakin menurun, namun skala kemusnahan yang terjadi kali ini adalah yang paling buruk setakat ini.

“Ia berkait rapat dengan perubahan iklim,” terang Hanoch Tzoref, pengarah Dana Nasional Yahudi (Keren Kayemeth Le Israel) di Jerusalem.

“Musim sejuk bakal tiba lebih lewat daripada sepatutnya. Iklim pada bulan November dan Disember menjadi sangat kering beserta tiupan angin kuat.

“Tiupan angin yang kuat dan berterusan bukan sahaja mengeringkan jemuran, tetapi juga tumbuh-tumbuhan dan serta-merta menjadikannya amat mudah terbakar,” kata Tzoref lagi yang pertama kali melihat kemusnahan sebegitu terjadi setelah 40 tahun menetap di Jerusalem Hills.

Yohay Carmel, seorang profesor fakulti Kejuruteraan Pertanian, Alam Sekitar dan Air di Institut Teknologi Technion Israel, bersetuju bahawa perubahan iklim yang menyebabkan “perkara yang kita tidak pernah melihat sebelum ini.


“Pada tahun 2010, kekurangan taburan hujan yang ketara sehingga awal Disember telah menjadikan tumbuh-tumbuhan mengalami kekeringan selama tempoh sembilan bulan.”

Alam seperti membayangkan murka Tuhan, apabila kebakaran tahun ini juga dikatakan amat luar biasa kerana angin bertiup daripada arah timur dan bukan barat seperti yang sepatutnya.

Satu lagi punca yang menjadi pencetus kebakaran besar-besaran ini adalah kerana Jerusalem itu sendiri dikelilingi kawasan hutan pain tebal yang mudah terbakar. – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori