Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bacaan IPU Di Kuala...

MIRI - Keadaan berjerebu di kawasan Kuala Baram yang mencapai tahap berbahaya pagi...

RM60,000 Padam Kebakaran Hutan...

BACHOK - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan terpaksa membelanjakan RM60,000 bagi...

Teliti Pelbagai Perkara Sebelum...

PAGOH : Kerajaan perlu meneliti pelbagai perkara sebelum mengambil keputusan sama ada mahu...

PRK K.Kangsar: UMNO Kelantan...

KUALA KANGSAR - Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan menghantar 50 penceramah selain jentera...

Kebakaran Kereta Setiausaha MIC Tebrau Unsur Khianat

JOHOR BAHRU – Kebakaran dua buah kereta milik Setiausaha MIC Bahagian Tebrau di rumahnya di sini pada 14 Nov lepas mempunyai unsur khianat, kata Ketua Polis Polis Daerah Seri Alam, Supt Jokhiri Abd Aziz.

Beliau berkata siasatan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati kereta tersebut dibakar menggunakan kuantiti minyak petrol yang sedikit dan diisi dalam plastik.

“Ia kemudian dibakar dan dilemparkan ke kenderaan itu. Ini yang menjadi punca kebakaran,” katanya kepada Bernama.

Jokhiri berkata perbuatan itu bagaimanapun tidak disaksikan mana-mana pihak dan setakat ini polis belum membuat sebarang tangkapan.


Kejadian itu berlaku kira-kira 2.30 pagi ketika S. Mahendra dan keluarganya sedang tidur dan terkejut apabila mendengar jeritan jiran yang melihat berlaku kebakaran.

Kebakaran melibatkan kereta Hyundai Tuscon dan Toyota Vios. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori