Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Qatar Ungguli Penerbangan Paling...

Syarikat Penerbangan Qatar atau Qatar Airways dinobatkan sebagai syarikat penerbangan antarabangsa paling dipercayai...

Rihanna Kini Sedang Bercinta...

JIKA sebelum ini penyanyi kelahiran Barbados ini dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon...

Sadis..Bakal Pengantin Mati Dalam...

Sesungguhnya kita mampu merancang dan tuhan menentukan segalanya.Tragis dan amat memilukan mengenang kisah pasangan...

Hentikan Elaun BITK Tanpa...

KUALA LUMPUR - Seramai 1,084 pembantu tadbir (perkeranian/operasi) di sekolah di Perak yang...

Pakatan Harapan Perlu Hormat Amalan Demokrasi

KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan Pakatan Harapan supaya menghormati amalan demokrasi dengan menghormati keputusan PAS untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini.

Setiausaha Agungnya, Takiyudin Hassan berkata, semua pihak sepatutnya menghormati keputusan PAS tersebut jika benar-benar mendakwa mereka kononnya memperjuangkan demokrasi.

“PAS menggesa semua pihak menghormati pendirian dan prinsip ini walaupun mereka tidak bersetuju dengannya.

“Dalam amalan demokrasi tiada siapa boleh memaksa mana-mana pihak menyetujui dan mengikut kehendak mereka sahaja,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PAS dikritik hebat oleh Pakatan Harapan disebabkan keengganan parti itu mengerahkan ahlinya yang majoriti beragama Islam menyertai perhimpunan berkenaan.

PAS membuat keputusan tidak menyertainya kerana menyifatkan perhimpunan itu tidak menguntungkan Islam selain memperjuangkan kepentingan peribadi individu tertentu.


Kumpulan anti kerajaan dan parti pembangkang merancang untuk mengadakan perhimpunan Bersih 5 secara besar-besaran pada bulan ini.

Penganjur Bersih 5 mendakwa perhimpunan itu kononnya bagi memperjuangkan rakyat, namun umum mengetahui ia sebenarnya satu strategi politik untuk memenangkan pembangkang.

Sebilangan pihak dalam negara melahirkan kebimbangan Bersih 5 sebenarnya bertujuan menumbangkan kerajaan melalui rusuhan jalanan seperti yang berlaku di negara-negara Arab. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori