Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

“Dia Tak Pulang Awal,...

DUNGUN - "Suami saya tidak dapat pulang awal kerana dia sedang rancak menangkap ikan, namun dia berjanji akan...

13 Pati Ditahan Dalam...

KOTA KINABALU - Polis menahan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam 'Op...

Maszlee Yakin Anggota MPPK...

PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yakin anggota Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan...

Coretan Terakhir Pengantin Baru...

KEHILANGAN orang yang tersayang bukan mudah untuk dilupakan. Hanya sempat bersama lebih kurang...

Kedai Emas Dipecah Masuk, Pemilik Rugi RM1 Juta

TAIPING – Sebuah kedai emas di sini, kerugian kira-kira RM1 juta selepas premis itu dipecah masuk empat lelaki awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah berkata dalam kejadian antara tengah malam hingga 7 pagi itu, suspek memecah masuk bilik kebal yang menyimpan emas dan wang tunai sebelum melarikannya.

“Siasatan mendapati suspek masuk ke kedai itu melalui bumbung dan menggunakan alat penebuk untuk memecah masuk ke bilik kebal di premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Harrith Kam berkata pemilik kedai itu hanya menyedari premis mereka dipecah masuk kira-kira 10 pagi tadi, semasa datang untuk membuka perniagaan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori