Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Polis Thai Rampas Dadah...

BANGKOK - Polis Thailand merampas 5.37 juta pil "Yaba" dan 120 kg dadah...

Bot Hilang: Pihak Berkuasa...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata pihak berkuasa...

Lagi Desakan Muhyiddin Letak...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus diasak...

Menteri Ke Semenyih Bukan...

KEHADIRAN beberapa menteri Pakatan Harapan (PH) dari kalangan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Kedai Emas Rugi Lebih RM100K Dirompak 6 Bersenjata

PUCHONG – Sebuah kedai emas di pasar raya Tesco di Jalan Bandar Puchong di sini, kerugian lebih RM100,000 selepas dirompak enam lelaki bersenjatakan pistol kira-kira pukul 11 pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd. Aminuddin Megat Alias berkata, empat daripada enam suspek yang memakai topi keledar masuk ke dalam premis itu dan memecahkan cermin pameran barang kemas.

“Mereka memecahkan cermin menggunakan tukul besi manakala dua lagi rakan mereka menunggu di luar pasar raya, dan berjaya melarikan lapan dulang emas.

“Semasa kejadian tiada pelanggan berada di premis tersebut dan hanya terdapat beberapa pekerja sahaja di situ.

“Perompak juga tidak melepaskan sebarang tembakan dan pekerja yang berada dalam premis itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Bernama hari ini.


Beliau berkata polis masih menyiasat jumlah kerugian sebenar dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori