Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Polis Mengaku...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan kerana mengaku sebagai anggota Kumpulan Pengganas Daesh...

Ketua Samseng Bebas Tuduhan...

MARSEILLE - Seorang ketua kumpulan penjenayah di selatan Perancis dibebaskan daripada tuduhan terbabit...

David Beckham Turun Malaysia...

Ini berita baik buat peminat bekas bintang bola sepak antarabangsa, David Beckham. Yelah,...

Kerjasama Peniaga Naik Taraf...

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meminta para peniaga yang terbabit dalam projek...

KEDAP Mampu Basmi Kemiskinan Tegar Pribumi Sabah

KOTA KINABALU – Kelas Dewasa Orang Asli Pribumi (KEDAP) mampu membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan pribumi Sabah melalui agenda pendidikan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata peserta KEDAP juga mampu membantu meningkatkan pencapaian serta menggalakkan anak masing-masing untuk ke sekolah bagi mengurangkan masalah keciciran atau ponteng sekolah.

“Pelaksanaan KEDAP boleh membantu peserta yang dahulunya tidak mengenal huruf kepada penguasaan kemahiran asas Membaca, Menulis dan Mengira (3M)… secara tidak langsung ia menimbulkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka.

“Dengan itu mereka (peserta KEDAP) boleh membantu anak mereka meningkatkan pencapaian akademik, selain mengurangkan kadar keciciran di kalangan murid Orang Asli dan peribumi,” katanya pada Majlis Konvokesyen Kali Ke-5 KEDAP 2016 Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Teks ucapan Musa dibacakan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Pelaksanaan KEDAP yang telah dilancarkan pada Mac 2008 itu merupakan satu program khas yang memberi peluang kepada ibu bapa dalam kalangan murid Orang Asli dan pribumi menerima pendidikan secara formal di sekolah di kawasan masing-masing.


KEDAP dijalankan secara berperingkat dengan melibatkan sekolah yang 100 peratus murid Orang Asli serta pribumi dan sekolah yang dipilih perlu mewujudkan hanya satu kelas dengan 25 peserta daripada ibu bapa yang buta huruf atau tidak menguasai 3M.

Mengulas lanjut, Musa berkata walaupun para peserta KEDAP tidak akan memperoleh sijil untuk tujuan pekerjaan, namun para peserta mampu memperoleh ilmu asas 3M sebagai motovasi dalam pendidikan anak-anak pewaris generasi akan datang.

Pada majlis konvokesyen itu 260 peserta menerima sijil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori