Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

‘Fanskick’ Aplikasi Terbaik Mendekatkan...

KUALA LUMPUR ā€“ Aplikasi pintar ā€˜Fanskickā€™, yang menawarkan pelbagai kemudahan termasuk pembelian tiket...

Aksi ‘Ghairah’ Kak KM...

MUNGKIN ada yang tidak mengenali pemilik nama Liana Rosli. Tapi anda mungkin kenal...

Harimau Sakit Gigi ‘Minta...

VLADIVOSTOK (Russia) - Seekor harimau belang di Siberia berbaring di luar pintu belakang...

Kalah PRU-13, PKR Diingatkan...

KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengingatkan PKR supaya tidak menjadikan...

Kekal Status No.1 Dunia Cabaran Buat V Shem-Wee Kiong

KUALA LUMPUR – Memegang status nombor satu dunia adalah pencapaian membanggakan, namun untuk mengekalkan kedudukan itu dalam ranking dunia bukan suatu yang mudah.

Itulah kata-kata jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia yang pernah mengungguli acara perseorangan lelaki selama enam tahun dalam ranking dunia.

Ketika ditanya mengenai prestasi beregu nombor satu dunia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang tewas seawal pusingan pertama pada Terbuka China semalam, Chong Wei menasihatkan pasangan itu agar tidak mudah putus asa.

V Shem-Wee Kiong baru sahaja meraih gelaran beregu nombor satu dunia pada 10 Nov lepas, namun mendapat tamparan hebat apabila tewas pada pusingan pertama menentang beregu bukan pilihan, Zhang Nan-Liu Cheng dari China pada Terbuka China.

“Sekarang mereka beregu nombor satu dunia, saya rasa mereka perlu berfikir lebih matang dan ke hadapan, apabila berada di kedudukan paling tinggi, memang menjadi tekanan kerana ramai pemain mahu mengalahkan mereka.

“Saya harap mereka lebih mantap pada beberapa kejohanan selepas ini untuk pengalaman baharu selepas bergelar beregu nombor satu dunia.

“Nasihat saya, mereka perlu fokus dan jangan memikirkan pihak lawan,” katanya kepada pemberita di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini hari ini.

Terdahulu, beliau tiba di kompleks berkenaan untuk memberi kata-kata semangat kepada pemain badminton remaja yang menjalani kem latihan badminton Astro.


Chong Wei berkata apabila berada di kedudukan tertinggi dalam ranking dunia, semua pihak lawan akan lebih agresif dan kompetitif, lebih-lebih lagi apabila berpeluang menentang pemain nombor satu dunia.

“Dapat mengalahkan pemain nombor satu dunia adalah kejayaan buat mereka.

Bagi pemain nombor satu dunia apabila menang dalam mana-mana perlawanan perkara biasa kerana kita pemain nombor satu dunia,” katanya.

Chong Wei turut menasihatkan beregu negara itu agar bangkit dalam perlawanan akan datang.

“Kalah dalam satu perlawanan bukan bermakna kita kalah dalam setahun kejohanan walaupun tekanan tetap ada. Ia bergantung kepada diri sendiri untuk mengawal tekanan itu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori