Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Buka Semula Sempadan Pilihan...

PUTRAJAYA - Membuka semula sempadan adalah perkara terakhir akan dilakukan Malaysia, yang secara...

Mayat Bayi Lelaki Ditemui...

KLANG - Satu mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan perut...

AS Bunuh Pemimpin Tertinggi...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) dilaporkan membunuh pemimpin al-Qaeda di Yaman, Qasim al-Rimi...

Jangan Tertipu Skim Dakwa...

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat UMNO menerima aduan berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab...

Kekasih Gelap Muncul Porak-Perandakan Majlis Kahwin

SEBUAH majlis perkahwinan di Ghana gempar apabila seorang ‘tetamu’ tidak diundang muncul memporak-perandakan majlis yang sedang berlangsung.

Kehadiran seorang wanita lengkap mengenakan busana cantik persis pengantin wanita yang sedang melangsungkan majlis pernikahan mengejutkan para hadirin yang berada di dalam dewan berkenaan.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, ‘tetamu’ tidak diundang itu merupakan kekasih gelap kepada pengantin lelaki yang datang untuk menuntut haknya.

Kekasih Gelap Muncul Porak-Perandakan Majlis Kahwin

Kekasih Gelap Muncul Porak-Perandakan Majlis Kahwin

Video berdurasi hampir satu minit itu dimuat naik oleh Ghana Audio Visual News, memaparkan suasana gamat di dalam dewan pernikahan apabila kekasih gelap itu cuba mendekati pasangan pengantin berkenaan namun dihalang oleh seorang pengapit lelaki.

Malah kedengaran suara tetamu lain bersorak tatkala wanita berkenaan merampas mikrofon dan memulakan ‘ucapannya’ mendakwa pengantin lelaki itu sebenar seorang buaya darat (playboy).


Pihak pengantin cuba menghalaunya keluar dari dewan namun wanita itu enggan malah meneruskan ‘ucapannya’.

Pasangan pengantin itu hanya mendiamkan diri tatkala mendengar pengakuan wanita terbabit.

Walau bagaimanapun, laman itu tidak menyatakan pengakhiran ‘drama’ tersebut sama ada pasangan pengantin berkenaan meneruskan pernikahan mereka ataupun membatalkannya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori