Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hentikan Perjuangan Yang Sia-Sia...

Golongan Mak Nyah yang sedang giat berusaha menuntut agar hak mereka dilindungi dinasihatkan...

Rakyat Pentingkan Pencapaian, Bukan...

JOHOR BAHRU – Keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk menggunakan satu logo atau simbol...

Malaysia Saran ASEAN Rangka...

KUALA LUMPUR - Malaysia mencadangkan ASEAN merangka Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 bagi...

Melaka United Ikat JDT,...

KUALA LUMPUR - Jaringan Jeon Woo-young pada penghujung separuh masa kedua membantu Melaka...

Yakin Kutipan GST 2016 Akan Cecah RM39 Bilion

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan yakin kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan mencecah sasaran jumlah sebanyak RM39 bilion untuk 2016.

Timbalan Menteri Kewangan Kedua Datuk Lee Chee Leong berkata sehingga bulan Oktober, jumlah keseluruhan kutipan adalah sebanyak kira-kira RM29 bilion.

“Angka tersebut masih dalam lingkungan sasaran dan matlamat kami adalah untuk mencapainya,” kata beliau kepada pemberita pada majlis pra-pelancaran Anugerah Jenama Malaysia 2016 di sini hari ini.

Pelancaran ini bertujuan bagi menjemput 14 jenama tempatan, termasuk Astro, Bina Puri Holdings Bhd, Pecca Leather, Erican, Ogawa, Cleanpro dan KK Super Mart, untuk menerima Anugerah Jenama Malaysia bagi pencapaian keusahawanan mereka.


Acara tahunan tersebut yang akan diadakan pada 12 Mac 2017 di Berjaya Times Square Hotel, akan dihoskan oleh Persekutuan Perikatan Persatuan Cina Malaysia (FEMACGA).

FEMACGA, yang telah menyambut ulangtahun ke-95 baru-baru ini, telah menerima anugerah pengiktirafan dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori