Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Orang Lain Hendak Menyibuk...

KUALA LUMPUR - "Itu antara saya dan apa yang perlu diperbincangkan adalah antara...

BN Janji Tingkat Azam...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini merakamkan...

Tumbuk Kepala Polis, Penganggur...

KUALA LUMPUR - Akibat menumbuk kepala seorang anggota polis, seorang penganggur dijatuhi hukuman...

Ulama Bukan Kriteria Jadi...

TUMPAT - Ketokohan dalam ilmu agama kini tidak lagi menjadi kriteria penting bagi...

Keperluan Rakyat Fokus Bajet DBKL 2017 – Datuk Bandar

KUALA LUMPUR – Keperluan rakyat menjadi fokus utama dalam Bajet 2017 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dijangka dibentang selewat-lewatnya awal bulan depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata antara yang diberi keutamaan termasuk mempertingkat kemudahan awam selaras matlamat kerajaan untuk menyejahterakan rakyat khususnya warga kota.

“Kita sudah bertemu dengan beberapa pihak terutamanya wakil rakyat, pemimpin masyarakat, dan persatuan-persatuan penduduk bagi mengenal pasti keperluan rakyat untuk diselaraskan dalam peruntukan bagi tahun depan.

“Kita juga akan melakukan penelitian dan kajian secara menyeluruh untuk memastikan bajet itu akan memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedang menyiapkan draf bajet tersebut yang akan diserahkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dalam masa terdekat.


Enggan mendedahkan jumlah peruntukan bagi 2017, Mhd. Amin Nordin bagaimanapun menegaskan penyelenggaraan bandar termasuk kebersihan, keindahan serta penyelenggaraan jalan rosak akan diteruskan untuk tujuan keselesaan warga kota.

Sebanyak RM2.72 bilion diperuntukkan tahun lepas oleh DBKL bagi menyediakan perkhidmatan perbandaran dan tadbir urus demi kesejahteraan kira-kira 1.7 juta warga kota.

Peruntukan itu meningkat 34 peratus atau RM89.84 juta berbanding peruntukan bagi 2015 iaitu sebanyak RM2.63 bilion, selepas mengambil kira pindaan peruntukan dalam bajet tambahan 2015. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori