Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mia Ahmad Kongsi Berita...

RASANYA ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon, Mia Ahmad telah mengalami keguguran...

Imam Tetap Terus Solat...

TULAR... Rakaman video memaparan seorang imam tetap meneruskan solat fardu dalam keadaan terhuyung-hayang...

Pelajar MRSM Cipta Powerbank...

SEPANG - Dua orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Terengganu yang...

Program MEA Bantu Pelajar...

KUALA LUMPUR - Malaysia English Assessment (MEA) merupakan program untuk pelajar menguasai bahasa...

Keputusan Maria Chin Cabar Persempadanan SPR 24 Nov

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 24 November untuk keputusan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan aktivis Maria Chin Abdullah bagi mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung persempadanan semula kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara.

Hakim Azizul Azmi Adnan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Syahredzan Johan yang mewakili Chin dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh bertindak bagi pihak SPR.

Amarjeet dalam hujahnya berkata SPR pada peringkat ini hanya menjalankan proses rundingan, keputusan akhir bagi cadangan itu akan diputuskan oleh Dewan Rakyat.

Syahredzan dalam hujahnya menegaskan bahawa isu itu boleh diputuskan oleh mahkamah.

Chin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan RamRais & Partners pada 10 Okt lepas.


Dalam permohonannya, Chin memohon untuk membatalkan keputusan atau tindakan SPR dalam mengeluarkan notis syor yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri.

Chin juga memohon pengisytiharan bahawa proses atau prosiding persempadanan semula yang dimulakan oleh SPR melalui notis tersebut adalah tidak sah dan terbatal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori