Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Operasi Loji Rawatan Air...

KUALA LUMPUR - Loji Rawatan Air Sungai Langat beroperasi semula 11.30 malam tadi...

FAM Bincang Peletakan Jawatan...

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membincangkan keputusan mengejut Subkhiddin...

PRU15: Khairy Dapat Kerusi...

SEREMBAN – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini memberitahu, beliau pasti...

Mat Sabu Dikecam Gelar...

PRESIDEN Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu teruk dikecam netizen gara-gara gelar Mahathir...

Kerajaan Belum Bercadang Laksana Sistem Kerja 6 Jam

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum bercadang melaksanakan sistem waktu kerja enam jam sehari untuk penjawat awam kerana mengambil kira tahap produktiviti negara yang perlu dipertingkatkan ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata walaupun kerajaan mengambil maklum kebaikan sistem berkenaan, namun buat masa ini ia dilihat belum sesuai dilaksanakan.

“Namun begitu kerajaan kini melaksanakan waktu bekerja berperingkat bagi memberi fleksibiliti yang mana pegawai boleh memilih waktu bekerja sesuai untuk mereka.

“Waktu berkenaan ialah 7.30 pagi hingga 4.30 petang, 8 pagi hingga 5 petang dan 8.30 pagi hingga 5.30 petang,” katanya ketika menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Siti Zailah bertanya sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan sistem waktu kerja enam jam sehari dan waktu bekerja anjal khususnya bagi kakitangan awam wanita yang sudah berkeluarga.

Mengulas lanjut, Shahidan berpandangan untuk mencapai status negara maju, produktiviti seharusnya tidak dikurangkan, seperti yang diamalkan beberapa negara maju yang masih melaksanakan sistem kerja lapan jam.


“Jepun, Britain dan Singapura, negara-negara berkenaan masih kekal melaksanakan sistem kerja lapan jam walaupun telah mencapai tahap negara maju,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Siti Zailah sama ada kerajaan bercadang menyelaraskan Jumaat sebagai cuti hujung minggu, Shahidan berkata perkara itu terpulang kepada dasar kerajaan negeri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori