Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Heboh Pasar Raya Larang...

BEIJING - Sejak beberapa hari kebelakangan ini, warga siber di seluruh dunia sibuk...

5,000 Penjawat Awam Melaka...

MELAKA – Seramai 5,000 kakitangan awam negeri ini akan menerima peruntukan bantuan khas...

Spice Girls Tangguh Konsert...

KUMPULAN bintang pop Hollywood, Spice Girls yang ditubuhkan pada tahun 1994 dikhabarkan akan...

Syor Persempadanan Semula Di...

KUALA LUMPUR - Laporan akhir persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya negeri Sarawak tidak...

Kerajaan Digesa Batal Pengambilan Pekerja Dari Myanmar

ALOR SETAR – Kerajaan digesa membatalkan dasar pengambilan pekerja asing warga Myanmar sebagai reaksi awal membantah kekejaman dan penindasan dilakukan terhadap etnik minoriti Rohingya di negara itu ketika ini.

Presiden Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia, Che Hassan Che Johan berkata, kebergantungan pada pekerja asing dari negara itu adalah tidak perlu memandangkan masih ramai pekerja asing dari negara jiran yang boleh mengisi pekerjaan di pelbagai sektor di negara ini.

“Kami juga mendesak kerajaan agar menghentikan lanjutan permit kerja kepada warga Myanmar yang bekerja di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yakin, Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai hak dan keupayaan untuk mengambil tindakan tersebut atas dasar kemanusiaan sejagat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori