Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Miley Cyrus Belanja Peminat...

BERTELANJANG bulat dan berbogel untuk tontonan umum bukanlah satu frasa baharu dalam kehidupan...

2 Warga Filipina Dipenjara,...

MELAKA - Seorang lelaki warga Filipina dipenjara enam bulan dan seorang lagi rakan...

TOP Big Bang Disiasat...

PENYANYI K-Pop, T.O.P dilaporkan sedang disiasat oleh pihak polis Seoul, Korea kerana tuduhan...

Hukum Berjenaka Lucah Dan...

Sudah semestinya ia bukan sesuatu yang elok untuk dilakukan.

Kerajaan Selangor Akan Dihukum Rakyat – PAS

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS Selangor memberi peringatan kepada kerajaan Selangor supaya bersikap amanah kepada rakyat dengan cuma membayar RM250.6 juta dalam pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) seperti yang terkandung dalam perjanjian asal.

Pengarah Penerangannya, Ahmad Hakimi Othman berkata, sebarang usaha kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar mahu membayar RM2.7 bilion untuk pengambilalihan itu merugikan rakyat.

“Yang membimbangkan Pemuda PAS Selangor adalah sekiranya nanti berlaku keputusan dan tindakan yang tidak menguntungkan rakyat apabila (kerajaan Selangor) berbelanja lebih tanpa keperluan yang memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

“Diberitakan kemungkinan tawaran baru boleh mencecah RM2.7 bilion untuk pengambilan ekuiti Splash. Jika ini diputuskan, ia boleh merugikan rakyat Selangor hampir bernilai RM2.45 bilion yang perlu ditanggung dalam proses pembiayaan tersebut,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Hakimi berkata, kerajaan Selangor perlu amanah dalam urusan pengambilalihan ekuiti tersebut kerana tawaran asal kerajaan Selangor kepada Splash sewaktu dibawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuma RM250.6 juta.

Jelasnya, ia adalah tawaran yang munasabah bagi kerajaan Selangor selepas mengira keuntungan yang diperolehi oleh Splash dan cara yang sama juga telah dikenakan kepada tiga konsesi lain yang telah selesai diambil alih.


“Pemuda PAS Selangor mengambil berat akan maslahah rakyat dan amanah dalam menjaga harta rakyat Selangor ini. Kami berharap, kerajaan Selangor yang ada hari ini menimbangkan cadangan ini untuk menjaga kepentingan rakyat.

“Sekiranya berlaku sebaliknya, maka persepsi bahawa kerajaan Selangor yang ada ini mementingkan pemodal dan syarikat swasta tidak akan dapat ditepis.” – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori