Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Timbang Cadangan Tribunal Khas...

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang menimbangkan cadangan penubuhan satu tribunal khas bagi pelantikan dan...

Naib Canselor USIM Mahu...

NILAI - Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Datuk Dr Musa...

Lembaga Wakaf Hindu Dicadang...

GEORGE TOWN - Lembaga Wakaf Hindu yang kini hanya terdapat di Pulau Pinang...

Ladang Ternakan Punca Pencemaran...

DENGKIL - Ladang ternakan angsa dan itik serta kawasan perindustrian di Negeri Sembilan...

Kerajaan Syria Tolak Gencatan Senjata Tajaan PBB

BEIRUT – Kerajaan Syria menolak cadangan terbaru wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi gencatan senjata di Aleppo pada Ahad.

Ia sebaliknya menggesa pemisah berundur dan menegaskan tidak akan memberikan kuasa autonomi kepada wilayah timur yang dikuasai pembangkang sebagai balasan tidak melancarkan serangan.

Menteri Luar Syria, Walid al-Moallem, berkata mengembalikan kekuasaan kerajaan adalah perkara berkaitan kedaulatan negara dan Damsyik tidak akan membenarkan penduduk di timur Aleppo menjadi tebusan kepada 6,000 penyerang.

“Kami bersetuju mengenai perlunya pemisah berundur dari timur Aleppo bagi menamatkan penderitaan orang awam di bandar raya itu,” katanya.

Beliau bercakap selepas pertemuan dengan wakil PBB, Staffan de Mistura, yang menyedari wujud perselisihan besar dengan al-Moallem dan berkata adalah sesuatu yang kreatif jika penyelesaian sementara diperlukan untuk menghentikan keganasan.

“Kami cuma mencadangkan supaya tidak ada perubahan mendadak radikal dalam pentadbiran di Aleppo sehingga ada penyelesaian politik,” katanya.

Beliau memberi amaran dalam temubual baru-baru ini dengan akhbar The Guardian di Britain bahawa kerajaan mengejar ‘kemenangan yang memakan terlalu banyak korban’ di Aleppo jika ia tidak mencapai persetujuan politik dengan pembangkang.


Beliau memberi amaran pendekatan ketenteraan akan menyebabkan lebih ramai pemisah berhaluan sederhana menyertai militan Daesh.

Sekurang-kurangnya 172 penduduk awam maut sejak kerajaan melancarkan semula serangan di wilayah itu enam hari lalu, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

PBB menganggarkan 275,000 penduduk terperangkap di timur Aleppo.

Pada Sabtu, kerajaan memusnahkan atau merosakkan semua hospital di situ, menurut Persatuan Perubatan Amerika Syria, yang membantu hospital di negara itu. Kerajaan menafikan ia menyerang hospital. – AP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori