Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Abu Kassim Enggan Ulas...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu...

Jamaica Mahu Reagge Diiktiraf...

JAMAICA melobi untuk mendapatkan pengiktirafan muzik reggae sebagai harta budaya yang dilindungi, agensi...

Lelaki Selamba Jalan Bogel...

DAH jadi macam trend pula sejak kebelakangan ini, ada yang selamba berjalan tanpa...

Bakal Lancar Single, Giliran...

BAGAIKAN sudah menjadi ‘trend’ sejak kebelakangan ini apabila ramai ahli perniagaan popular turut...

Rumah Kebajikan Warga Emas Tak Akan Ditambah

KUCHING – Mulai sekarang, kerajaan tidak akan lagi menambah jumlah rumah kebajikan untuk warga emas di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata langkah itu diambil kerana semakin banyak orang didapati lebih suka menghantar ibu bapa dan saudara mara mereka yang berusia lanjut ke rumah kebajikan, daripada menjaga sendiri golongan itu.

“Tabiat seperti ini perlu dihentikan. Oleh itu, tiada lagi rancangan untuk membuka rumah kebajikan baharu seperti itu sebagai tambahan kepada sembilan yang ada sekarang,” katanya ketika merasmikan Pusat Aktiviti Warga Emas Kampung Malaysia Jaya di sini hari ini.

Beliau berkata ada anak-anak yang lebih suka menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan untuk mengelak daripada menunaikan kewajipan menjaga mereka, termasuk yang tergamak hanya meninggalkan ibu bapa mereka di pintu pagar rumah untuk orang tua.

“Malah, sebagai percubaan, kami menukar sebuah rumah kebajikan di Kuala Lumpur menjadi pusat istirahat.

“Mereka yang menghantar ibu bapa masing-masing ke situ akan dikenakan bayaran RM50 sehari (bagi seorang) untuk perbelanjaan makan minum dan perkhidmatan yang diberi,” katanya.

Rohani berkata pusat itu akan berfungsi seperti sebuah hotel untuk warga emas apabila anak mereka menunaikan ibadah haji atau umrah atau pergi ke luar kawasan selama beberapa hari atau apabila mereka tidak sihat.


Katanya jika mendapat sambutan menggalakkan, lebih banyak rumah orang tua sedia ada akan ditukar menjadi pusat seperti itu.

Menurut Rohani, kementerian beliau juga sedang mengkaji langkah untuk mengeluarkan kad warga emas seperti yang dilaksanakan di Australia dan United Kingdom.

“Kad seperti itu bukan sahaja mengandungi maklumat pengenalan diri tentang seseorang warga emas, tetapi juga akan membolehkan mereka mendapat keistimewaan berdasarkan usia masing-masing ketika di lapangan terbang dan tempat lain, di samping diberi diskaun apabila membeli barangan dan menggunakan perkhidmatan tertentu,” katanya.

Mengenai keganasan rumah tangga, Rohani berkata jumah kes meningkat di seluruh negara dan turut melibatkan warga emas sebagai mangsa, dengan 200 kes seperti itu dilaporkan setakat ini.

“Kementerian saya dalam proses meminda Akta Keganasan Rumah Tangga untuk mencari penyelesaian terhadap perbuatan mendera dan memberi layanan buruk,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori