Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Malas Belajar Punya Pasal,...

TOKYO - Seorang ayah tergamak menikam anak lelakinya yang berusia 12 tahun sehingga...

Pesawat Delta Ibarat Digoncang...

AKIBAT cuaca buruk yang teruk, sebuah pesawat Delta yang dalam penerbangan dari Paris ke...

Enggan Pakai Solekan Pada...

SEKEPING gambar yang memaparkan seorang pengantin perempuan, Bisola Umoren telah mencetuskan perdebatan di media...

Majlis Resepsi Raja Ilya,...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Raja Ilya, 33, mengesahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka...

Kerat Mayat 10 Bahagian: Remaja OKU Direman

MUAR – Seorang remaja lelaki OKU yang dipercayai melakukan pembunuhan kejam dengan mengerat mayat seorang remaja lelaki kepada 10 bahagian semalam, ditahan reman selama seminggu bermula hari ini.

Lapor Harian Metro, Majistret Maslinda Selamat mengeluarkan perintah reman terhadap Muhammad Firdaus Hamzah, 19, sehingga 13 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca: Mayat Remaja Lelaki Dikerat Dijumpai Di Tangkak

Suspek yang merupakan OKU ketidakupayaan masalah pembelajaran telah dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak pada 9.15 pagi tadi dengan berpakaian lokap dalam keadaan tangan bergari diiringi anggota polis.

Semalam, polis menemui 13 anggota badan yang dikerat dipercayai milik seorang mangsa yang belum dikenal pasti identitinya di sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, Tangkak.

Siasatan awal pihak polis mengesyaki kes pembunuhan bermotifkan cemburu dan melibatkan seorang janda, berdasarkan fakta kes yang dikongsi meluas di media sosial.

Difahamkan, mangsa dipukul menggunakan senjata tajam dan tumpul, sebelum mayat mangsa dikerat dan disembunyikan di bawah titi konkrit di hadapan rumah.


Suspek juga tiada sebarang rekod jenayah lampau. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori