BALIK PULAU – Kerja membaiki 11 rumah yang musnah dalam kejadian ribut awal hari ini di Kampung Perlis dan Pulau Betong di sini akan dimulakan esok.
10 Rumah Musnah, Angin Kencang Di Pulau Betong
ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad berkata semua kerja pembaikan akan dibiayai sepenuhnya oleh tabung bencana Balik Pulau dan anggota Parlimen Balik Pulau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya telah meluluskannya.
“Kita tidak mahu rakyat dibebani dengan kos pembaikan, jadi kita bertindak mengambil inisiatif ini,” katanya ketika mengiringi Dr Hilmi dalam lawatan ke rumah-rumah yang terjejas. – BERNAMA