Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU : Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 3,534 mangsa membabitkan...

Google Rancang Beku Pengambilan...

MOSCOW - Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) Google dikatakan sedang merancang untuk membekukan...

Imigresen Kedah Tahan 12...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 12 warga asing atas pelbagai kesalahan...

Konstabel Parah Ditikam Dalam...

JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis cedera parah ditikam di bahagian rusuk belakang sebelah...

Kerja Penimbunan Tanah Runtuh Dijangka Siap Rabu

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja penimbunan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah sedang giat dijalankan dan dijangka siap selewat-lewatnya Rabu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kasim.

Beliau berkata kerja-kerja memasang cerucuk besi perlu disiapkan terlebih dahulu bagi memperkukuhkan tebing tanah yang terjejas susulan insiden berkenaan.

“Kerja-kerja berkenaan dilakukan 24 jam sehari. Kita perlu pastikan kawasan berkenaan selamat sebelum membenarkan mangsa pulang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Persedian Banjir Monsun Timur Laut 2016, di sini, semalam.

Polis mengklasifikasikan kawasan berkenaan sebagai kawasan larangan Zon Merah.

Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan 340 individu daripada 64 keluarga terjejas dan mereka telah diarah mengosongkan kediaman masing-masing.

Dalam pada itu, Shahidan berkata beliau telah meminta Jabatan Kerja Raya mengenal pasti kawasan yang berpontesi berlaku kejadian tanah runtuh.


Dalam perkembangan lain, Shahidan berkata sistem maklumat berpusat sedang dibangunkan melibatkan semua agensi berkaitan yang menguruskan bencana.

Melalui laman sesawang yang dikendalikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu agensi terlibat dapat mengetahui jenis bantuan yang perlu disalurkan ketika bencana.

Katanya, sistem berkenaan dijangka siap sepenuhnya dua minggu lagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori