Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Izara Aishah Dapat ‘Baby...

PELAKON Izara Aishah selamat melahirkan anak perempuan dengan berat 2.9 kilogram, semalam.Berita gembira...

20 Tahun Dalam Industri,...

ISTIMEWA buat para peminat, Datuk Siti Nurhaliza bakal mengadakan satu persembahan istimewa sempena...

Bersemut! Raf Yaakob Lamar...

SUDAH nama teman wanita pun Mawar, jadi ia hanyalah logikal bagi Raf Yaakob...

Altel: Lauk-Pauk Belum Habis,...

SELEPAS Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah memperuntukkan lebih banyak spektrum telekomunikasi...

Kerjasama Malaysia-China Dalam Pendidikan STEM

BEIJING – Malaysia akan bekerjasama dengan China bagi mengukuhkan mata pelajaran Sains, Teknoloji, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selaras dengan usaha kerajaan melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang itu untuk kepentingan negara.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata kementeriannya telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kementerian Pendidikan China mengenai inisiatif STEM itu.

Selain itu, katanya, kerjasama tersebut juga melibatkan pelaksanaan teknoloji maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai sebahagian daripada inisiatif STEM.

Ini bagi memastikan pelajar Malaysia di sekolah menengah akan lebih berminat mengikut aliran sains selepas peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), katanya kepada media Malaysia selepas menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.


Najib tiba di sini untuk lawatan rasmi enam hari ke China dengan matlamat mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang lama terjalin antara kedua-dua negara itu.

Inisiatif pengukuhan STEM merupakan satu daripada 100 inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 2013-2025 dan mengambil kira Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 iaitu Aliran Sains/Teknikal:Sastera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori