Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

KKMM Beri Tumpuan Kembangkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan memberikan keutamaan kepada karya anak...

Bas Rapid Terbakar Di...

KUALA LUMPUR - Sebuah bas RapidKL terbakar di Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya...

Kastam, UPP Rampas 210...

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dengan kerjasama Unit Pencegah Penyeludupan...

6 Penumpang Kapal Persiaran...

KUALA LUMPUR - Keputusan ujian pengesanan COVID-19 yang dijalankan ke atas enam penumpang...

Kertas Siasatan Kes Kartunis Kontroversi Hampir Siap

GEORGE TOWN – Kertas siasatan berhubung kartunis politik kontroversi, Zunar, yang mengadakan pameran di Komtar, di sini Jumaat lepas hampir siap selepas polis mengambil keterangan daripada tujuh individu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata beliau telah mengarahkan agar kertas siasatan itu dilengkapkan secepat mungkin untuk dihantar kepada Pejabat Pendakwa Raya.

“Saya percaya kertas siasatan itu akan siap dalam tempoh terdekat,” katanya
kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), di sini hari ini.

SAC Zainol Samah, 51, dilantik Ketua JSJN Pulau Pinang berkuat kuasa hari ini menggantikan Datuk Razarudin Husain, 54, yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah. Zainal sebelum ini bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Sabtu lepas, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, ditahan untuk membantu siasatan berhubung pameran kartun beliau yang diganggu oleh sekumpulan anggota Pemuda UMNO setempat yang diketuai Rafizal Abdul Rahim.

Menurut Rafizal, kartun lakaran Zunar itu menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan polis merampas semua kartun yang dipamerkan di Komtar untuk siasatan.


Sementara itu ditanya mengenai penubuhan Badan Peronda Sukarela (BPS) oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, Abdul Ghafar berkata laporan berhubung perkara itu dihantar ke Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

“Saya rasa biarlah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang beri kenyataan atau buat keputusan berhubung perkara itu,” katanya.

BPS dilancarkan pada 12 Nov dan Ketua Menteri Lim Guan Eng dilaporkan berkata beliau akan mengatur pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri untuk membincangkan mengenai badan peronda yang baru ditubuhkan itu.

BPS ditubuhkan di bawah jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung negeri untuk menjaga keselamatan. Pada masa ini, ia ditubuhkan di 40 kawasan di Pulau Pinang dengan lebih 607 anggota berdaftar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori