Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kes Rohana: Beberapa Individu...

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa individu lain berkait...

Iphone Tak Laku, Pemilik...

SEBUAH kedai menjual telefon pintar dan aksesori telefon di Tbilisi, Georgia, mempunyai strategi...

12 Pantang Larang Pramugari,...

TAHUKAH anda, ada perkara-perkara yang seseorang pramugari atau pramugara tidak boleh lakukan untuk...

Liberalisasi Lanjut Insurans Kenderaan...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan langkah liberalisasi tarif insurans motor...

Kes Bayi Diculik: Bapa Mahu Saman Hospital Kerana Cuai

KELUARGA bayi perempuan yang dilarikan dari Hospital Tanah Merah (HTM) akan mengambil tindakan saman terhadap pihak hospital kerana didakwa cuai hingga berlakunya kejadian yang tidak dingini itu.

Baca: Bayi 5 Hari Diculik Di Hospital Tanah Merah Ditemui

Mohd Ihtisyamuddin Mohd Ashri, 29, berkata, tindakan tegas itu akan diambil bagi memberi pengajaran kepada petugas hospital kerana menyebabkan anak keduanya dibawa keluar dengan mudah dari hospital berkenaan.

Sementara itu isterinya, Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, masih trauma dengan kejadian itu dan sentiasa dekat dengan anak mereka termasuk ketika mahu ke tandas.

“Jika isteri mahu ke tandas, dia akan memastikan ada orang yang menjaga bayi kami kerana bimbang kejadian yang sama berulang lagi walaupun di rumah sendiri.

“Kami sepakat mahu mengambil tindakan saman dalam masa terdekat dan akan berbincang dengan pihak peguam.

“Saya dan isteri kesal dengan kejadian itu kerana kawasan hospital sepatutnya ketat dan mempunyai prosedur untuk membawa keluar bayi, namun ia tidak seperti yang disangkakan,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Juga: Murung Punca Pasangan Suami Isteri Culik Bayi?

Kes Bayi Diculik: Bapa Mahu Saman Hospital Kerana Cuai


Lagi: Culik: Tindakan Tegas Kepada Hospital Jika Berlaku Kecuaian

Jelas Ihtisyamuddin lagi, mereka tidak akan memaafkan pasangan yang sanggup melarikan bayi mereka. Malah berharap kejadian itu tidak berlaku pada orang lain.

Terdahulu, seorang bayi perempuan berusia lima hari dibawa keluar dari HTM oleh pasangan suami isteri berusia 26 dan 23 tahun pada jam 8.40 malam Selasa lalu.

Kehilangan bayi berkenaan disedari ayah dan ibunya yang datang ke HTM untuk melawat bayi mereka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori