Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Polis Pantau Perhimpunan PERKASA...

KUALA LUMPUR – Polis akan pantau perhimpunan bakal dianjurkan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA)...

Terengganu Berjaya Kurangkan Gejala...

KUALA NERUS - Terengganu berjaya mengurangkan gejala rempit setelah melancarkan pelbagai program membabitkan...

Larang Pasang Bendera Parti...

SEREMBAN – Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin menasihati parti-parti politik...

Korea Utara Musnah Mayat,...

SEOUL - Setelah berjaya mendapatkan kembali mayat Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin tertinggi...

Kes Denggi Di Johor Menurun Tahun Lalu – Exco Kesihatan

KOTA ISKANDAR – Kes denggi yang direkodkan di Johor menurun kepada 9,880 kes dalam tempoh sebelas bulan tahun ini berbanding 13,353 kes dalam tempoh sama, tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata angka kematian disebabkan wabak itu menurun 50 peratus kepada 20 kes berbanding 40 kes pada tahun sebelumnya.

“Ini menunjukkan strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan berhasil dalam membendung penularan kes denggi di Johor dengan penyelesaiannya dilihat lebih fokus, bersepadu selain memaksimumkan tenaga kerja dan aset,” katanya.

Strategi-strategi dimaksudkan termasuk memperkasakan penglibatan masyarakat seperti sukarelawan denggi dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu menangani masalah denggi.

Katanya, semburan ubat thermal dan “larvaciding” juga dilaksanakan di kawasan perumahan, tapak binaan, bangunan kerajaan, sekolah dan kawasan berstrata.

“Ingin saya tegaskan bahawa ada kalanya pembiakan nyamuk Aedes berulang disebabkan sikap penduduk yang tidak membantu usaha-usaha Jabatan Kesihatan ataupun Pihak Berkuasa Tempatan.


“Pada 2015, kita (kerajaan negeri) menerima peruntukkan sebanyak RM7.76 juta bagi tujuan membanteras denggi dan pada 2016 pula menerima sebanyak RM6.30 juta.

Ayub berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Adham Baba (BN-Pasir Raja) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Dr Adham ingin tahu hasil langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan dalam membendung penularan denggi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori