Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

2 Warga Emas Maut...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki dan wanita warga emas maut apabila kereta Perodua...

Banjir Kilat Landa Beberapa...

PENAMPANG: Hujan lebat dan angin kencang yang melanda daerah ini sejak beberapa jam...

Kosongkan Waktu Kerja, Ernie-Amira...

SEPERTI rakyat Malaysia yang lain, golongan selebriti turut menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara...

Facebook Provoke Penyokong Vietnam...

Betullah kata pepatah, kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga!Mana taknya, kerana segelintir penyokong...

Kes Denggi Di Labuan Meningkat Empat Kali Ganda

LABUAN – Kes denggi di pulau bebas cukai ini mencatat peningkatan, dengan 13 kes dilaporkan pada tahun ini setakat ini, berbanding hanya tiga kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Ismuni Bohari berkata walaupun tiada kematian dilaporkan, peningkatan jumlah kes penyakit itu menunjukkan pentingnya usaha dan langkah berjaga-jaga terus diambil bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes.

“Peningkatan empat kali ganda itu sudah cukup untuk menimbulkan kebimbangan. Nyamuk itu diketahui umum sebagai penyebar virus denggi dan zika, di samping chikungunya,” katanya pada pada program ‘Khidmat Masyarakat Mega Bersepadu Aedes MPL’ di kuarters kerajaan di sini hari ini.

Sehubungan itu, tegas beliau, orang ramai, terutama penduduk di kawasan berpotensi menjadi tempat nyamuk membiak, perlu memperhebatkan usaha bagi memastikan kawasan persekitaran, tempat kerja, sekolah dan kawasan lain bebas daripada serangga itu.


Beliau berkata pelbagai operasi dijalankan sepanjang tahun ini, dengan 4,900 premis diperiksa dan sembilan dikenakan kompaun berjumlah RM4,500. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori