Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Imam Bukhari Dan Pusaranya...

“ Apa juga yang dibawakan kepada kamu oleh Rasul maka hendaklah kamu mengambilnya...

‘Saya Tetap’ – Safiey...

SEJAK malam tadi, empunya nama Safiey IIias menjadi topik paling hangat dibicarakan masyarakat Malaysia...

Gencatan Senjata Di Sudan...

KHARTOUM - Angkatan bersenjata Sudan bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama tujuh hari -...

Jakim, Jain, SKMM Wujud...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam...

Kes Tumbuk Tunang: Suspek Berjaya Ditahan

LELAKI yang didakwa telah menumbuk tunangnya selepas berlaku perselisihan faham pada Isnin lalu dilaporkan telah ditahan polis.

Suspek yang berusia 26 tahun itu ditahan pada Jumaat, di sebuah kediaman di Petaling Jaya, jam 12.30 tengah hari.

Dalam kejadian Isnin lalu, mangsa yang merupakan seorang jururawat mengalami bengkak teruk di bahagian mata, dan patah tulang pipi selepas dibelasah oleh tunangnya.

Kaitan: Mata Lebam & Tulang Patah, Ditumbuk Tunang Tiba-Tiba

Punca kejadian difahamkan kerana lelaki itu berang mangsa mahu mengikuti rombongan bersama rakan sekerjanya ke Janda Baik, Pahang.

tunang


Menurut abang mangsa, adiknya dan lelaki itu baru empat bulan bertunang selepas berkenalan kira-kira setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

Terdahulu, gambar beserta kapsyen yang memaparkan kesan lebam teruk mangsa setelah dipukul oleh tunangnya menjadi viral apabila ia dikongsikan netizen yang rata-rata mengutuk perbuatan lelaki terbabit. -MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori