Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

AirAsia Kemuka Surat Tuntutan...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd telah menyerahkan surat tuntutan berjumlah RM409 juta kepada...

Kanak-Kanak 6 Tahun Terselamat...

SUNGAI PETANI - Tindakan seorang wanita membuat laporan polis selepas mengsyaki berlaku kes...

Gambar Swafoto Dalam FB...

GAMBAR swafoto yang dimuatnaik dalam Facebook telah membantu polis mengenalpasti pembunuh seorang remaja,...

Dikata Kurang Ajar, Pelakon...

PETALING JAYA - Pelakon baharu, Aishah Ilias memohon maaf kepada mana-mana syarikat produksi...

Ketua Polis Nafi Bersih 5 Boleh Diteruskan

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan sebuah portal berita hari ini kononnya demonstrasi Bersih 5 yang dirancang diadakan oleh kumpulan anti kerajaan di ibu negara boleh diteruskan kerana semua syarat perhimpunan aman sudah dipatuhi.

Tegas beliau, laporan portal berita bertarikh 8 November itu merupakan satu kenyataan yang mengelirukan kerana pihak polis mendapati pihak penganjur gagal mengemukakan permohonan yang menepati prasyarat untuk mengadakan sesebuah perhimpunan aman.

“Polis Dang Wangi dan Brickfields menerima notis daripada penganjur Bersih 5. Bagaimanapun kedua-dua notis itu gagal mematuhi prasyarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Antaranya, kedua-dua notis menyatakan Dataran Merdeka sebagai tempat untuk perhimpunan itu, tetapi tiada surat kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dilampirkan seperti dikehendaki dibawah Seksyen 10 (C) dan Seksyen 11 akta itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khalid berkata, pihak polis difahamkan disebabkan tiada kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, penganjur Bersih 5 membuat keputusan untuk berhimpun di luar Dataran Merdeka, tetapi hingga hari ini tiada sebarang notis berhubung perubahan lokasi diserahkan kepada pihak polis.


Justeru, katanya, kedua-dua Ketua Polis Daerah di daerah terbabit tidak dapat memproses notis untuk mengadakan perhimpunan Bersih 5 berkenaan memandangkan tidak semua prasyarat dipatuhi oleh penganjur.

“Ia merupakan satu kesalahan atas kegagalan untuk mengemukakan notis dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori