Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ridzuan, Nasharuddin Gagal Raih...

KUALA LUMPUR – Kontinjen Malaysia gagal meraih sebarang pingat pada hari ketiga Kejohanan...

17,600 Bungkus Rokok Seludup...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 17,600 bungkus kecil rokok seludup...

Harga Barang Perlu Selaras...

PUTRAJAYA - Mulai 15 November depan, semua pasar raya besar dan kedai runcit...

Haiwan Korban Tidak Patut...

MUFTI Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menegur tingkah laku...

KFA Bawa Piala Malaysia Jelajah Kedah

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan membawa Piala Malaysia menjelajah ke setiap 12 daerah negeri itu bagi membolehkan orang ramai melihat dengan lebih dekat piala idaman mereka sejak tujuh tahun lepas.

Presiden KFA yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, siri jelajah yang akan bermula tidak lama lagi itu akan membabitkan perarakan Piala Malaysia bersama skuad negeri tersebut.

“Di setiap perhentian (daerah) kita akan adakan kenduri kesyukuran dengan penyokong KFA, yang mungkin bermula selewat-lewatnya akhir bulan ini.

“Kita akan tubuhkan satu jawatankuasa daripada Pejabat Menteri Besar dan KFA bagi menguruskan program ini di setiap daerah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Semalam, ketibaan pemain skuad Lang Merah disambut gilang-gemilang oleh lebih 30,000 penyokong bermula di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim menuju ke Stadium Darul Aman.


Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia apabila menewaskan juara bertahan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga masa tambahan di Stadium Shah Alam, Ahad lepas.

Kemenangan itu membolehkan Kedah meraih kejuaraan Piala Malaysia buat kali kelima selepas memenangi pertandingan bola sepak berprestij tanah air itu pada 1990, 1993, 2007 dan 2008. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori