Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

3,303 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan jumlah tertinggi apabila 3,309 kes...

BN Kekal Di Rompin...

ROMPIN - Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Rompin dalam pilihan raya kecil...

Hubungan Yuna Dengan Kekasih...

TAK dapat dinafikan Yuna adalah kebanggaan Malaysia dan berada dalam kelasnya tersendiri apabila namanya...

Ribut Pasir Gergasi Lenyapkan...

SATU kejadian ribut pasir di wilayah Gansu, China berjaya dirakam baru-baru ini. Rakaman tersebut...

Khairy Beri Bayangan Azwan Bro Sebagai Penggantinya

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari ini secara berseloroh memberi bayangan Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun sebagai bakal penggantinya.

Mengakui ini adalah penggal terakhirnya menerajui sayap parti tersebut, Menteri Belia dan Sukan itu berkata Khairul Azwan atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro bagaimanapun perlu mendapat sokongan anggota Pemuda UMNO untuk memenangi jawatan berkenaan.

Beliau juga menasihatkan Pemuda UMNO agar lebih fokus kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) daripada pemilihan parti yang telah ditangguhkan sehingga selepas PRU14.

“Saya tak bincang soal pemilihan parti kerana yang paling penting ialah pilihan raya, tetapi saya perlu beritahu Pemuda UMNO, ini adalah penggal terakhir saya…perlu beri notis,” katanya kepada pemberita di luar Perhimpunan Agung Pemuda UMNO.

Ditanya mengenai cabaran daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada PRU14, katanya Pemuda UMNO tidak memandang ringan dan akan meningkatkan usaha menarik sokongan golongan muda.

Khairy berkata Pemuda perlu memberi harapan kepada golongan muda yang pandangan mereka dapat disampaikan kepada kerajaan.


“Walaupun kita tak pandang ringan cabaran daripada parti baru ini, saya yakin kita masih mampu mendapat sokongan majoriti daripada pengundi Melayu nanti,” katanya.

Beliau bagaimanapun bimbang mungkin ada anggota UMNO yang bersimpati terhadap bekas pemimpin UMNO itu.

“Sebab itu kita perlu memberi mesej yang jelas bahawa dalam politik, sebaik anda keluar daripada UMNO, kita ada batasan dan perlu berjuang.

“Tiada tempat untuk anggota yang bersimpati secara senyap-senyap. Anda perlu jelas dengan kesetiaan dan sokongan anda,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori