Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

SRS Diperkasa Bantu Banteras...

JOHOR BAHARU - Peranan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Rukun Tetangga akan diperkasa...

Hikmah El Nino, Rangsang...

IPOH - Cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino yang melanda negara...

Tayangan Awal Munafik 2...

PETALING JAYA - Filem sekuel arahan Syamsul Yusof, Munafik 2 yang secara rasmi...

Pelabur Janji Buat Pelaburan...

DAVOS - Majlis makan tengah hari perniagaan Malaysia di luar acara Forum Ekonomi...

Khairy Harap Harimau Malaysia Kekalkan Semangat Juang

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berharap pasukan bola sepak kebangsaan dapat mengekalkan semangat juang yang ditampilkan ketika menewaskan Papua New Guine (PNG) 2-1 semalam, untuk mengharungi kempen Piala AFF 2016, bermula hujung minggu ini.

Beliau turut berharap skuad Harimau Malaysia mampu sekurang-kurangnya menyamai pencapaian pada edisi lalu dengan mara ke pentas akhir dalam kejohanan bola sepak serantau itu.

“Kita harap mereka dapat mengekalkan semangat juang yang kita lihat semalam.

Tetapi ia akan lebih mencabar,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian antara Sekretariat Sukan SEA (MASOC) dan Football Thai Factory Sporting Goods Co. Ltd (FBT) di kementeriannya di sini, hari ini.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan PNG 2-1 pada aksi persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ di Stadium Shah Alam, semalam.

Pada saingan Piala AFF kali ini, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B akan membuka kempen menentang Kemboja pada Ahad ini, sebelum berdepan Vietnam (23 Nov) dan tuan rumah Myanmar (26 Nov).

Pasukan negara perlu berada dalam kelompok dua pasukan teratas dalam kumpulan untuk mara ke separuh akhir.

Dalam pada itu, Khairy menegaskan beliau tidak pernah berjanji dengan Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) untuk memberi bantuan kewangan kepada persatuan berkenaan.


“Kita tidak pernah ada apa-apa janji dibuat berkenaan dodgeball…dodgeball ini pun ada dua persatuan. Apa yang disebut oleh presidennya, Datuk Samson Maman tidak tepat.

“Sukan-sukan baharu ini perlu tahu sebahagian besar pembiayaan perlu dicari oleh persatuan itu sendiri dan kementerian sendiri agak tertekan dengan kedudukan kewangan.

“Kebanyakan daripada peruntukan, kita perlu salurkan kepada Sukan SEA tahun depan dan sukan-sukan yang dipertandingkan pada temasya sukan itu,” katanya.

Samson sebelum ini, meminta Kementerian Belia dan Sukan membantu pihaknya membayar semula sebahagian daripada RM100,000 kos ditanggung persatuan itu bagi menghantar pasukan lelaki dan wanita negara menyertai Kejohanan Dodgeball Dunia di Melbourne, Australia.

Skuad negara mempamerkan aksi mengagumkan apabila pasukan wanita muncul juara pada kejohanan disertai lapan negara itu, manakala pasukan lelaki menjadi naib juara daripada sembilan pasukan yang mengambil bahagian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori