Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Syed Saddiq Dijangka Jumpa...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bertemu...

Pemilik Pasar Raya Dibunuh...

IPOH — Seorang pemilik pasar raya ditemukan mati dipercayai dibunuh oleh sekumpulan penyamun...

Kerajaan Lulus Bangunan Tambahan...

SEGAMAT - Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM90.5 juta bagi...

DAP Sasar Penyokong UMNO,...

KUALA LUMPUR - Salah satu strategi DAP untuk memastikan parti itu dapat merampas...

Kilang Membuat Cat Di Johor Bahru, Terbakar

JOHOR BAHRU – Sebuah kilang membuat cat di Jalan Sri Plentong 6, Taman Perindustrian Plentong di sini hampir musnah keseluruhan dalam satu kebakaran petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kematian atau kecederaan memandangkan kilang tidak beroperasi pada hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Penguasa Kanan I Hamid Suari berkata panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 4.18 petang dan tiba di lokasi pada pukul 4.25 petang.

“Kerja-kerja memadam kebakaran telah dijalankan dengan kekuatan anggota seramai 34 orang bersama sembilan jentera yang datang daripada lima Balai Bomba dan Penyelamat iaitu Johor Jaya, Pasir Gudang, Tebrau, Johor Bahru dan Taman Universiti.

“Pemadaman juga melibatkan 11 anggota Pasukan Bomba Sukarela Kulai Besar,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian.

Hamid berkata api berjaya dikawal pada pukul 6.08 petang, sekali gus mengelakkan ia daripada merebak ke kawasan lain.


Sehingga kini, kerja-kerja pemadaman masih diteruskan dengan 70 peratus struktur bangunan kilang telah musnah.

Hamid berkata pemadaman api mengalami kesukaran kerana bahan yang terbakar adalah cat dan cecair pelarut yang tidak boleh dipadam menggunakan air, sebaliknya menggunakan buih.

“Kita baharu menerima 17 tong buih daripada Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya dan Tebrau tadi dan kita jangkakan api dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh empat hingga lima jam,” katanya.

Hamid berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan pihaknya sedang berusaha untuk mengesan dan menghubungi pemilik kilang terbabit bagi mengenal pasti jumlah kerugian dialami. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori