Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

M Daud Kilau Meninggal...

IPOH - Bintang seni tanah air, Datuk M Daud Kilau dilaporkan meninggal dunia...

17 Individu Ditahan Dalam...

BAGAN SERAI - Seramai 17 orang termasuk dua wanita masing-masing warga Thailand dan...

PRU-14: Konsert Rock Legend...

TANGGUH... Konsert Rock Legend 2018 melibatkan kumpulan May dan Prime Domestic pada 5...

Van EMRS Akan Dibawa...

SHAH ALAM - Mahkamah Koroner di sini hari ini membenarkan permohonan pegawai pengendali...

KiniTV Didakwa Di Mahkamah Khas Siber Siar Video Jelik

IBARAT kerana mulut badan binasa, terlajak kata buruk padahnya… Dua pengasas portal berita propembangkang Malaysiakini dihadapkan ke Mahkamah Khas Siber di ibu negara pada Jumaat.

Ia susulan tindakan mereka memuat naik satu rakaman video menunjukkan bekas pemimpin PPBM, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengeluarkan kenyataan yang didapati membidas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.

Menurut portal AgendaDaily, Premesh Chandran dan Steven Gan, pengasas Malaysiakini yang juga pengarah sebuah anak syarikatnya, KiniTV, didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Syarikat KiniTV didakwa dengan dua pertuduhan, manakala Premesh dan Gan masing-masing didakwa di bawah Seksyen 244(1) kerana menggunakan jawatan mereka untuk membolehkan kenyataan Khairuddin itu disiarkan.

Mengikut pertuduhan, KiniTV didakwa telah secara sedar memulakan penghantaran satu komunikasi bersifat jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain berupa paparan video dalam dua versi bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Dua video yang disiarkan oleh pihak portal berkenaan adalah dengan tajuk Khairuddin: Apandi Ali not fit to be AG, he should quit immediately dan Khairuddin: Apandi Ali tidak layak jadi AG, wajar segera letak jawatan.

Kedua-dua video berkenaan dipaparkan masing-masing menerusi pautan http://www.kinitv.com/video/3670308 dan http://www.kinitv.com/video/36708074 kira-kira pukul 1.14 petang dan 1.34 petang, pada 27 Julai lalu.

Kedua-dua video berkenaan telah dilihat di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, pada pukul 10 pagi, 2 Ogos lalu. Gan namun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan  di hadapan Hakim Zaman Mohd. Noor.

Sekiranya sabit kesalahan, mereka berdua boleh didenda sehingga RM50,000, atau penjara setahun atau kedua-duanya. Premesh bagaimanapun tidak hadir di mahkamah tersebut kerana dikatakan berada di United Kingdom.


Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Sophian Zakaria memohon pihak mahkamah agar menetapkan amaun sebanyak RM10,000 sebagai wang jaminan ke atas Gan bagi memastikan kehadiran tertuduh untuk perbicaraan berikutnya.

KiniTV serta Gan dan Premesh diwakili peguam Fahri Azzat, K. Shanmuga dan James Khong, manakala Datuk Ambiga Sreenevasan bertindak sebagai pemerhati bagi pihak Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam).

Fahri dilaporkan membantah wang jaminan itu sebagai terlalu tinggi, serta merujuk kes di bawah akta yang sama membabitkan Datuk Zaid Ibrahim dan Sivarasa Rasiah apabila mahkamah tidak mengenakan wang jaminan.

“Anak guam saya tidak akan melarikan diri. Steven bersama Malaysiakini sejak 17 tahun dan bekerja setiap hari,” katanya. Hakim Zaman kemudian memerintahkan jumlah diturunkan kepada RM2,000 sebagai jaminan peribadi.

Beliau menetapkan 3 Januari tahun depan untuk tarikh perbicaraan. Pada 6 November, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu pejabat portal itu di Petaling Jaya dan merampas dua buah komputer.

Video kontroversi tersebut mengandungi kenyataan Khairuddin dalam satu sidang media yang memaparkan beliau dengan jelas telah mengkritik beberapa tindakan dilakukan oleh Peguam Negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori